Senarai Jutawan Forex Malaysia Yang Berjaya (2024)

Di Malaysia, perdagangan forex telah menjadi salah satu cara yang popular untuk menjana keuntungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan kemunculan perdagangan berasaskan talian, ramai individu telah memilih perdagangan forex sebagai cara yang tepat untuk melabur dan menjana keuntungan yang lumayan.

Disebabkan itu, gelaran jutawan Forex di Malaysia telah menjadi sebuah fenomena lantaran peluang pelaburan dan perdagangan yang dihasilkan dari forex ini. Namun, walaupun ramai yang menggelarkan diri mereka sebagai jutawan forex atau sifu forex, tidak semua dari mereka adalah seorang trader forex yang betul-betul berjaya.

Artikel ini menyenaraikan enam individu yang berjaya dalam bidang forex sama ada sebagai seorang trader, guru atau sifu forex, introducing broker (IB) dan sebagainya.

Jutawan Forex Malaysia Yang Berjaya

Moshed Mohamad

Sumber: youtube.com

Moshed Mohamad merupakan salah seorang individu yang berjaya dalam bidang forex di Malaysia. Beliau merupakan founder dan CEO kepada INTRADAY.my, sebuah website pasaran kewangan di Malaysia yang banyak membincangkan topik yang berkaitan dengan pasaran kewangan seperti saham dan forex.

Beliau juga mempunyai saluran YouTube dengan jumlah pelanggan sebanyak 280K. Beliau juga aktif berkongsi ilmu tentang pasaran kewangan melalui saluran YouTube beliau. Selain itu, Moshed Mohamad juga telah mengeluarkan buku yang bertajuk Panduan Lengkap Mula Trade Forex.

Sumber: intraday.my

Dengan pencapaian seperti ini, tidak hairanlah kenapa beliau menjadi individu yang berjaya dalam forex. Kini, beliau mempunyai sebuah bangunan yang dipanggil sebagai Moshed Tower.

Khalid Hamid

Sumber: pacerx21review.com

Khalid Hamid merupakan seorang lagenda dan trader forex yang berpengaruh di Malaysia. Beliau telah menerima beberapa award atau penghargaan seperti Best Trading Guru dan Best Traders FB Community di Malaysia.

Selain itu, beliau merupakan pengasas atau founder kepada TFSKAYAMUDA yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan dua buah buku tentang forex yang bertajuk Teknik Forex Sebenar dan TFS Price Action.

Buku ini banyak membantu pedagang forex di Malaysia untuk memulakan kerjaya mereka dalam bidang pasaran kewangan. Beliau juga aktif menganjurkan seminar dan kelas forex di seluruh Malaysia.

Gero Azrul

Sumber: showfxworld.com

Gero Azrul memulakan kerjayanya dalam bidang forex sebagai seorang forex trader. Setelah itu, beliau mula dikenali sebagai Coach Gero pada tahun 2007. Beliau aktif menganjurkan ceramah, seminar, latihan dan mengeluarkan pelbagai produk tentang pelaburan terutamanya dalam bidang pelaburan forex.

Beliau mempunyai saluran YouTube yang dinamakan sebagai Road To FTT yang mempunyai 76K pengikut yang banyak berkongsi tentang perdagangan forex. Selain itu, beliau juga merupakan founder dan juga pengerusi Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Dengan pengalaman lebih daripada 17 tahun dalam pasaran kewangan, beliau telah berjaya membantu ramai trader dalam forex melalui Saluran YouTube Road To FTT, seminar, bengkel dan juga bimbingan atau coaching.

Omar Allay

Jutawan forex yang seterusnya adalah Omar Allay. Omar Allay merupakan otai forex yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan individu yang membangunkan strategi Bolinger Band (BB) dan Moving Average (MA) atau BBMA.

Beliau juga merupakan seorang Trader Guru yang banyak membantu trader-trader forex untuk berdagang secara konsisten. Beliau digambarkan sebagai seorang yang pemurah dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai terutamanya dalam forex.

Royfaizal Razali Chong

Sumber: royfaizal.my

Royfaizal Razali Chong juga merupakan individu yang berjaya dalam bidang forex. Beliau merupakan Regional Managing Director di sebuah syarikat broker forex yang popular di malaysia iaitu Broker GMI Markets, yang dulu dikenali sebagai GMI Edge.

Beliau merupakan penerima anugErah emas dari Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM bagi artikel yang bertajuk Japanese Yen as an Alternative Vehicle Currency in Asian pada tahun 2010.

Beliau kemudian menceburi industri forex sebagai trader dan Introducing Broker (IB) pada tahun 2011 sehingga kini. Beliau juga aktif menganjurkan ceramah dan seminar khususnya dalam perdagangan forex dan IB.

Beliau juga telah mempunyai sebuah buku yang bertajuk 5 Cara Menambahkan Pendapatan Dalam Industri Forex.

Sumber: royfaizal.my

Shukri Mahadi

Sumber: linkedin.com

Jutawan forex yang terakhir adalah Shukri Mahadi, seorang trading coach dan speaker. Selain berkecimpung dalam dunia forex, beliau juga aktif dalam dunia saham. Beliau turut menggelarkan dirinya sebagai jutawan saham.

Shukri Mahadi juga mempunyai saluran YouTube yang dinamakan sebagai Shukri Saham Global dengan jumlah pengikut sebanyak 26.4K. Beliau aktif berkongsi tentang perdagangan forex dan saham melalui saluran YouTube tersebut.

Selain itu, beliau juga turut mengadakan private class khususnya untuk mereka yang berminat dalam saham. Beliau pernah menjadi Guest Speaker di broker FXPRIMUS selama 11 tahun. Selepas itu, beliau telah beralih ke broker eToro sebagai Guest Speaker sehingga kini.

Inilah enam senarai individu yang berjaya dan mendapat nama dalam bidang forex dan saham. Nama-nama inilah yang sering menjadi bualan para trader dalam industri ini.

Bagaimana Menjadi Seorang Jutawan Forex?

Menjadi seorang jutawan forex bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia juga tidak mustahil. Untuk menjadi jutawan forex, ia memerlukan dedikasi, kerja keras dan pengetahuan kewangan yang baik. Selain itu, untuk menjadi jutawan forex anda mestilah mempunyai sikap dan mindset yang betul.

Anda juga mesti tahun dan faham bahawa perdagangan dan pelaburan forex melibatkan risiko yang sangat tinggi. Salah satu risiko yang paling ketara adalah risiko kehilangan wang atau modal anda. Oleh yang itu, anda mestilah mempunyai pemahaman yang mendalam tentang bagaimana pertukaran mata wang asing ini berfungsi.

Selain itu, untuk berjaya dalam forex, anda mestilah mempunyai strategi dan pelan dagangan yang baik serta strategi pengurusan risiko yang kukuh. Yang paling penting adalah, anda mestilah mempunyai disiplin dan kawalan diri untuk kekal fokus pada strategi anda dan tidak terpengaruh dengan keuntungan yang cepat atau terpengaruh dengan emosi apabila berdagang dalam pasaran forex.

Kata kuncinya adalah, jangan kejar keuntungan tapi kejarlah matlamat anda.

Punca Kegagalan Dalam Forex

Walaupun kita mempunyai potensi untuk menjadi kaya dan berjaya sebagai trader forex, tetapi terdapat banyak risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex yang boleh membawa kepada kejatuhan perdagangan kita.

Antaranya puncanya adalah:

  1. Trader fokus menjadi kaya secara instant.
  2. Pengurusan kewangan dan risiko yang lemah.
  3. Tidak dapat mengawal emosi ketika berdagang forex.
  4. Gagal mengadaptasi pasaran forex.
  5. Menggunakan teknik yang salah ketika berdagang forex.

Kesimpulan

Forex adalah pelaburan yang boleh memberikan anda keuntungan yang lumayan, namun forex juga boleh membuatkan anda kehilangan wang anda. Oleh itu, jika anda ingin mengikuti jejak langkah jutawan forex di Malaysia, anda mestilah mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam pasaran kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *