Sebanyak satu juta penduduk Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika 10% daripada perniagaan kecil dan sederhana (SME) di negara ini menutup perniagaan mereka.
Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang berkata beliau risau keadaan akan menjadi lebih teruk berikutan jangkitan wabak Covid-19 yang telah memaksa Malaysia untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.
Anda boleh baca artikel penuh di sini: Up to 1m Malaysians could face unemployment
Ulasan saya:
Apakah yang anda akan buat jika anda diberhentikan kerja beberapa bulan dari sekarang? Adakah anda sudah bersedia untuk menganggur? Adakah anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa gaji?
Saya akui, saya tak mempunyai jawapan untuk anda. Situasi kita mungkin berlainan.
Saya sebenarnya sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi di Malaysia sejak tahun lalu lagi. Saya telah “scale down” bisnes, tutup pejabat lama dan sewa pejabat yang lebih murah. Cuma, saya tak sangka pula, wabak Covid-19 yang berasal dari Wuhan, China, menjadi pemangkin kepada kemelesetan ekonomi yang bakal kita hadapi sekarang ini. Dan saya tak sangka ianya akan berlaku pada kadar yang sangat cepat. Saya menjangkakan ianya akan berlaku di pertengahan tahun ini atau pada bulan September.
Saya silap. Rupa-rupanya, malapetaka wabak dan kemelesetan ekonomi berlaku pada bulan Mac 2020!
Malangnya, ramai yang akan menderita. Bukan sahaja menderita akibat dijangkiti oleh wabak Covid-19, tetapi juga menderita akibat kehilangan punca pendapatan. Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana dengan sewa rumah, pinjaman bank, makanan seharian?
Saya faham apa yang anda sedang lalui sekarang. Saya sendiri telah melalui episod gelap di sekitar tahun 2010-2011. Peristiwa getir dalam kehidupan saya ini telah mengajar saya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Survival mindset. Itu yang paling buat masa sekarang. Hidup mesti terus.
Anda tak boleh melayan fikiran negatif. Anda kena paksa minda anda untuk berfikir secara positif. Untuk fokus pada penyelesaian dan bukan pada masalah. Itu satu-satunya cara untuk anda bertahan. Ubah minda anda, ubah hidup anda.