Nasihat Forex Dari Bill Lipschutz, Seorang Lagenda Dalam Dunia Forex

Bill Lipschutz adalah seorang lagenda dalam dunia forex dan dianggap sebagai top 5 trader terbaik di dunia. Pada 1980-an, beliau menjana profit sebanyak ratusan juta semasa dia mengetuai jabatan FX di Salomon Brothers. Beliau pernah digelar sebagai “Sultan of Currencies”.

Encik Lipschutz menggambarkan FOREX sebagai satu pasaran yang sangat bersifat psikologi. 
Beliau percaya bahawa persepsi pasaran (sentimen trader) mempengaruhi pergerakan price action dan pasaran tidak rasional. Sebaliknya, ianya sangat bergantung pada emosi dan persepsi trader. 
Menurut Encik Lipschutz, jika anda mahu menjadi seorang forex trader yang berjaya, anda perlu buang keinginan untuk selalu betul oleh kerana dalam forex trading, kebanyakan andaian dan keputusan anda pada awalnya selalunya akan salah.

Beliau menasihatkan trader untuk mencari cara untuk buat duit walaupun anda cuma 20 hingga 30% tepat. Berikut adalah falsafah-falsafah Encik Lipschutz yang lain:

  • Sebarang idea dagangan perlu difikirkan dengan baik sebelum anda membuat perdagangan.
  • Memaksimumkan peluang (profit) apabila anda benar dan meminimumkan loss apabila anda salah.
  • Seorang forex trader harus lah fleksibel apabila trading. Jika adanya tanda-tanda fundamental dan price action dah nak berubah kedudukan, anda pun perlu peka dan berubah.


Saya berharap, idea dan nasihat dari lagenda forex, Bill Lipschutz boleh membantu anda untuk menjadi seorang forex trader yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *