8 Matawang Paling Mahal Di Dunia (2024)

Mata wang telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan selama berabad-abad lamanya. Ia memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan, menyediakan kestabilan kepada ekonomi dunia dan berfungsi sebagai simpanan nilai kekayaan individu dan negara.

Dalam dunia moden hari ini, terdapat beratus-ratus mata wang yang berbeza digunakan di seluruh dunia. Bermula daripada sekeping wang yang banyak digunakan seperti dolar AS (dolar Amerika syarikat) kepada mata wang yang kurang digunakan Pound Sudan dan Rial Oman.

Setiap mata wang ini mempunyai nilai dan ciri uniknya yang tersendiri. Sesetengah mata wang di dunia ini lebih berkuasa dan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan mata wang yang lain. Nilai mata wang ini boleh berubah secara mendadak dari masa ke semasa bergantung pada pelbagai faktor ekonomi, politik dan sosial.

Artikel ini akan menerangkan tentang 8 jenis mata wang yang paling mahal di dunia.

Senarai 8 Mata Wang Paling Mahal Di Dunia

Dinar Kuwait

Dinar Kuwait (KWD) yang merupakan mata wang negara Kuwait yang menduduki tempat pertama mata wang paling tertinggi di dunia. Ini kerana kerana negara Kuwait mempunyai kadar inflasi yang rendah dan mempunyai rizab minyak yang besar.

Meskipun Kuwait adalah negara yang kecil, namun Kuwait mempunyai ekonomi yang sangat luas. Ini kerana Kuwait bergantung kepada ekonomi berasaskan petroleum, pengeluaran dan eksport minyak. Ia membolehkan Kuwait mempunyai ekonomi yang sihat dan mata wang yang kukuh walaupun berlaku kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan politik di beberapa negara sekitarnya.

Pada saat ini, 1 KWD adalah bersamaan dengan RM14.45.

Dinar Bahrain

Bahrain adalah sebuah negara yang terletak di Teluk Paris. Dinar Bahrain (BHD) merupakan mata wang kedua paling mahal di dunia. Seperti Kuwait, Bahrain juga merupakan sebuah negara yang mempunyai rizab minyak yang besar dan kadar inflasi yang rendah.

Ia membuatkan negara ini menjadi pilihan bagi pelabur di seluruh negara untuk melabur di negara ini.

Selain itu, sektor perbankannya yang mantap serta mempunyai pelbagai variasi ekonomi dan tahap hutang awam yang rendah juga merupakan faktor utama kenapa nilai mata wang negara ini menduduki tempat kedua tertinggi di dunia.

Pada saat ini, 1 Dinar Kuwait adalah bersamaan dengan RM11.75.

Omani Rial

Oman merupakan sebuah negara yang terletak lokasi yang sangat strategik di semenanjung Arab. Oleh kerana lokasinya yang strategik maka negara ini mempunyai ekonomi yang maju dan taraf hidup yang tinggi.

Oleh kerana kadar pertukaran mata wang Oman Rial (OMR) yang ketara dengan dolar AS, Omani Rial telah menjadi salah satu mata wang yang paling dipercayai dan stabil di rantau ini.

Aktiviti ekonomi utama di Oman tertumpu pada pengeluaran minyak dan gas. Tetapi negara itu juga mempunyai pelbagai sumber ekonomi pelancongan dan lain-lain.

Walaupun Oman mempunyai sumber ekonomi yang banyak, namun negara ini tetap bergantung kepada ekonomi berasaskan petrolueum mereka seperti eksport minyak ke luar negara. Oleh itu, Rial Oman dianggap sebagai salah satu mata wang yang paling boleh dipercayai dan stabil di Timur Tengah.

Pada saat ini, 1 OMR adalah bersamaan dengan RM11.51.

Dinar Jordan

Negara Jordan bukanlah sebuah negara yang maju dari segi ekonomi. Jordan juga kekurangan sumber asli seperti minyak, tetapi masih mempunyai mata wang kukuh dan berada di tangga keempat negara yang mempunyai mata wang tertinggi di dunia.

Faktor utama yang menyebabkan Dinar Jordan (JOD) menjadi salah satu wang yang tertinggi di dunia adalah kerana ia terikat dengan dolar AS. Oman menerima pendapatan besar dalam dolar AS kerana minyak dinilai dalam dolar AS, yang disimpan oleh negara ini untuk mengekalkan nilainya yang tinggi. Nilai satu Dinar Jordan pada masa ini adalah sekitar 1.41 dolar AS dan ia dijangka kekal tinggi untuk masa hadapan berikutan hubungan kukuhnya dengan dolar AS.

Pada saat ini, 1 JOD adalah bersamaan dengan RM6.25.

Gibraltar Pound

Pound Gibraltar (GIP) merupakan mata wang rasmi negara Gibraltar, yang berada di hujung selatan semenanjung Iberia.

Ekonomi utama Gibraltar ialah pelancongan dan perkhidmatan kewangan. Pelancongan merupakan sektor utama ekonomi di Gibraltar yang menyumbang lebih daripada 50% daripada jumlah gross domestic product negara tersebut.

Industri perkhidmatan kewangan juga merupakan sektor utama pemacu pertumbuhan ekonomi di Gibraltar, dengan beberapa bank utama, syarikat insurans dan institusi kewangan lain yang berpangkalan di negara ini.

Pada saat ini, 1 GIP adalah bersamaan dengan RM5.29.

British Pound

Pound Britain atau British pound sterling (GBP) adalah mata wang rasmi United Kingdom. Pound Britain juga dikategorikan sebagai salah satu mata wang terkuat di dunia. Pada masa ini, mata wang GBP adalah mata wang keempat paling banyak didagangkan di pasaran pertukaran asing.

Salah satu penyumbang kepada kestabilan mata wang pound British adalah disebabkan oleh kestabilan dan dasar kerajaan British yang kukuh serta mempunyai dayasebagai tempat yang selamat untuk pelabur antarabangsa dalam jangka masa yang panjang.

Pada saat ini, 1 GBP adalah bersamaan dengan RM5.29.

Cayman Island Dollar

Cayman Island Dollar adalah mata wang rasmi Pulau Cayman yang disebut sebagai KYD. KYD juga merupakan salah satu mata wang paling tinggi di dunia. Ini kerana Pulau Cayman mempunyai kadar inflasi yang rendah.

Selain itu, Dolar Pulau Cayman juga dapat mengekalkan kestabilan dan nilai mata wang mereka selama bertahun-tahun kerana mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Pada saat ini, 1 KYD adalah bersamaan dengan RM5.30.

Euro

Euro adalah mata wang rasmi 20 daripada 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan boleh dianggap sebagai mata wang paling tinggi di dunia. Mata wang Euro kukuh kerana ia disokong oleh Kesatuan Eropah, yang merangkumi beberapa buah ekonomi paling berkuasa di dunia seperti Jerman, Perancis, Itali, dan Sepanyol.

Ini mewujudkan asas yang kukuh untuk mata wang negara itu yang membolehkan ia kekal kukuh dan stabil walaupun dalam pasaran global yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, Euro juga merupakan matawang yang paling popular didagangkan dalam pasaran pertukaran asing atau foreign exchange, di mana ia didagangkan dengan mata wang lain seperti dolar AS, paun British dan yen Jepun

Pada saat ini, 1 EURO (€) adalah bersamaan dengan RM4.71.

Matawang Manakah Yang Paling Banyak Didagangkan Dan Digunakan Di Dunia?

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh clearcurrency.co.uk dan statista.com, mata wang yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia adalah dolar AS atau USD. Walaupun mata wang USD menghadapi beberapa cabaran, namun USD kekal sebagai mata wang yang paling banyak didagangkan dan digunakan di dunia disebabkan oleh status rizab globalnya dan kedudukannya sebagai mata wang pilihan utama urus niaga antarabangsa.

Ini menjadikan USD kekal sebagai mata wang paling stabil di dunia, walaupun terdapat kegawatan ekonomi dan politik yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Mata Wang

Nilai mata wang ditentukan oleh pelbagai faktor, termasuk kestabilan ekonomi dan politik, inflasi dan kadar faedah, perjanjian perdagangan antarabangsa dan aliran pelaburan, serta persepsi umum mata wang dalam pasaran global.

Faktor-faktor ini boleh memberi kesan yang ketara ke atas nilai mata wang sebuah negara. Contohnya, ketika sebuah negara mengalami ketidaktentuan ekonomi atau politik, pelabur akan cenderung untuk mencari tempat yang selamat untuk meletakkan pelaburan mereka.

Ini akan mempengaruhi peningkatan permintaan mata wang tertentu seperti USD, Euro, dan Yen Jepun. Perkara ini boleh membawa kepada peningkatan nilai mata wang mereka berbanding mata wang lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, mata wang Kuwait mempunyai nilai yang paling tinggi dan diikuti oleh Dinar Bahrain, Oman Rial, Dinar Jordan, Gibraltar Pound, British Pound, Cayman Island Dollar, dan Euro.

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai mata wang ini adalah kestabilan politik, kestabilan ekonomi, kadar inflasi, dan banyak lagi. Keadaan ekonomi sebuah negara akan mengurangkan kes pengangguran serta memberikan kedudukan yang baik di pasaran mata wang dan perbankan. Dalam masa yang sama, ia juga akan menarik lebih ramai pelabur luar. Ia akan menjadikan mata wang sebuah negara lebih kukuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *