Tahukah anda bahawa nilai pasaran mata wang kripto telah mencecah lebih daripada $1 trilion? Matawang kripto yang merupakan aset digital berasaskan blockchain yang semakin mendapat tempat dikalangan pelabur.
Tahun 2024 akan dijangka menyaksikan pertumbuhan yang lebih pesat dalam industri ini disebabkab beberapa matawang kripto menunjukkan potensi pelaburan yang baik. Artikel ini akan mengupas 5 jenis matawang kripto terbaik yang perlu diberi perhatian untuk tahun 2024.
Apa Itu Mata Wang Kripto?
Mata wang kripto adalah sejenis mata wang digital atau maya yang dicipta menggunakan teknologi yang dipanggil blockchain. Ia berfungsi sebagai alat untuk membuat transaksi atau pelaburan, tetapi tidak wujud dalam bentuk fizikal seperti wang kertas atau syiling.
Contoh mata wang kripto yang popular ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan Binance Coin (BNB).
Bagaimana Mata Wang Kripto Digunakan?
- Mata wang kripto boleh digunakan untuk membeli barang atau perkhidmatan secara dalam talian. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan pembelian di kedai-kedai fizikal yang menerima transaksi ini.
- Mata wang kripto juga boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. Biasanya, pelabur akan membeli dan menyimpan mata wang kripto untuk jangka masa yang panjang dengan harapan nilainya akan meningkat.
- Kripto juga boleh digunakan untuk tujuan pemindahan wang. Ini kerana, proses pemindahan wang dengan mata wang kripto ke mana-mana negara lebih cepat dan kos rendah.
5 Mata Wang Kripto Yang Wajib Diperhatikan Untuk Tahun 2024
Berikut merupakan 5 jenis mata wang kripto yang wajib diperhatikan untuk tahun 2024.
1. Bitcoin (BTC)
Bitcoin meruapakan mata wang kripto yang paling terkenal dikalangan pelabur mata wang maya. Sehingga hari ini, Bitcoin kekal sebagai matawang kripto yang paling popular dan berpengaruh di pasaran. Dengan rekod prestasi yang kukuh sejak dicipta pada tahun 2009, BTC sering dianggap sebagai emas digital. Pada tahun 2024, ramai penganalisis meramalkan bahawa Bitcoin akan terus mendapat tempat, terutamanya dengan kemajuan teknologi Lightning Network yang mempercepatkan transaksi dan mengurangkan kos.
Kelebihan Bitcoin:
- Bitcoin dianggap sebagai aset selamat dalam dunia kripto.
- Nilai Bitcoin di dijangka akan terus meningkat.
- Bitcoin boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah dan selamat.
- Bekalan yang terhad. Setiap bitcoin yang dikeluarkan dicipta dengan unik dan mempunyai bekalan yang sangat terhad.
2. Ethereum (ETH)
Ethereum adalah platform blockchain yang membolehkan pembangunan aplikasi terdesentralisasi (dApps) dan kontrak pintar (smart contracts). Berbeza dengan Bitcoin, yang hanya digunakan sebagai mata wang digital, Ethereum mempunyai fungsi yang lebih luas kerana ia direka untuk menjadi rangkaian global yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membayar barangan dan tujuan pelaburan.
Kelebihan ETH:
- Mengurangkan kos perkhidmatan pihak ketiga.
- Lebih selamat daripada aplikasi tradisional kerana datanya tidak disimpan di satu lokasi. Oleh itu, keselamatan data dikatakan lebih terjamin.
- Memudahkan pinjaman, pelaburan, dan pembayaran secara langsung.
4. Solana (SOL)
Solana mendapat perhatian kerana keupayaannya memproses transaksi yang sangat pantas dengan kos yang rendah. Matawang ini dikenali sebagai Ethereum Killer kerana mampu menangani isu-isu skala yang dihadapi oleh Ethereum. Perkara ini mungkin akan membantu Solana menaikkan nilai atau harga mereka.
Kelebihan Solana:
- Menggunakan teknologi Proof-of-History (PoH).
- Menyokong pelbagai projek DeFi dan NFT.
- Keupayaan memproses lebih daripada 50,000 transaksi sesaat.
5. Cardano (ADA)
Cardano adalah platform blockchain generasi ketiga yang direka untuk menjadi platform yang lebih cekap, selamat, dan mesra berbanding blockchain generasi terdahulu seperti Bitcoin dan Ethereum. Mata wang kripto asal Cardano dikenali sebagai ADA yang digunakan untuk transaksi dan operasi di rangkaian ini. Pada tahun 2024, Cardano dijangka melancarkan lebih banyak kemaskini termasuk projek berskala besar di Afrika dan Asia.
Kelebihan Utama ADA:
- Menggunakan tenaga yang jauh lebih sedikit berbanding blockchain Proof-of-Work seperti Bitcoin.
- Pengguna ADA boleh mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan melalui sistem tadbir urus rangkaian.
- Pelaksanaan keupayaan kontrak pintar Cardano pada tahun 2022 kini membolehkan pembangun dan pengguna membina serta berinteraksi pada platform tersebut.
Kesimpulan
Matawang kripto merupakan kelas aset yang berbaloi untuk diperhatikan dalam era digital ini. Walaupun pelaburan ini mempunyai risiko yang sangat tinggi, namun ia juga memberikan pelabur potensi keuntungan yang tinggi.
Oleh itu, sebelum melabur, pastikan anda melihat dan melakukan kajian mendalam serta mengesahkan maklumat dari sumber yang dipercayai. Dengan memahami risiko yang terlibat dalam pelaburan mata wang kripto adalah langkah penting. Jika anda sudah bersedia, barulah boleh melabur dengan tenang.
Selain itu, untuk berjaya dalam pelaburan ini, anda mestilah sentiasa mengikut perkembangan semasa berkenaan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di pasaran mata wang maya. Kemudian, bandingkan strategi pelaburan anda dengan pendekatan lain yang mungkin lebih berkesan.