Khalid Hamid: Seorang Legenda Forex di Malaysia

Adakah anda pernah mendengar nama Khalid Hamid di media sosial, YouTube atau dari rakan-rakan anda sebelum ini?

Mungkin masih ada yang belum mengenali siapakah pemilik nama Khalid Hamid forex ini dan kenapa beliau sangat terkenal dikalangan trader forex di Malaysia.

Artikel kali ini akan menerangkan siapa sebenarnya Khalid Hamid ini.

Siapa Khalid Hamid?

Khalid Hamid merupakan anak kelahiran Johor Baharu dan dibesarkan di Shah Alam, merupakan gaduan Bachelor Accounting dari Universiti Malaysia. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai pegawai eksekutif bank antarabangsa selama 4 tahun sebelum menjadi trader forex sepenuh masa.

Sebelum terjun ke dalam industri forex, beliau juga sempat membuat beberapa pekerjaan seperti menjual ubat resdung, berniaga kuih di bazar ramadhan, menjual cermin mata secara atas talian, menjual telefon dan menjadi konsultan unit trust dan takaful dan banyak lagi.

Khalid Hamid adalah pengasas TFS Price Action Trading. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 12 tahun dalam industri forex. Beliau juga aktif melabur dalam bidang pasaran Bursa Malaysia, Hartanah dan pasaran Saham Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga seorang penulis buku yang telah menghasilkan beberapa buku panduan forex yang telah membantu orang ramai belajar cara trade forex dengan benar.

Yang lebih menariknya adalah, beliau telah berjaya bergelar jutawan pada usia 27 tahun dengan berniaga secara atas talian.

Penghargaan Yang Telah di Menangi Oleh Khalid Hamid

Sebagai seorang legenda forex di Malaysia, tidak hairanlah jika beliau mampu mendapatkan penghargaan atau award atas kerja kerasnya selama ini.

Sepanjang perjalan beliau di dalam bidang forex, beliau telah memenangi beberapa penghargaan seperti berikut:

  1. Best Trading Guru
  2. Best Trading FB Community in Malaysia

Kelas Forex

Salah satu sebab kenapa Khalid Hamid digelar sebagai lagenda forex adalah kerana beliau seorang yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Beliau aktif mengadakan seminar, kelas dan bengkel forex sebelum ini. Dengan adanya kelas forex seperti ini, beliau telah membantu ramai trade forex di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Salah satu kelas forex beliau sebelum ini adalah Breakthrough Masterclass yang pernah diadakan di beberapa negeri di Malaysia iaitu seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Miri dan Kota Kinabalu. Peserta yang menghadiri kelas ini bukan sahaja dari Malaysia tetapi ada juga yang datang dari Singapura, Brunei dan Romania.

Kebanyakan individu yang menghadiri kelas beliau ini adalah mereka yang baru dalam forex atau newbie. Selain itu, trader berpengalaman juga turut sama menyertai kelas Breakthrough Masterclass ini.

Peserta kelas tersebut pula tidak akan pulang dengan tangan kosong kerena selain dapat belajar trade forex mereka juga diberikan panduan hard copy TFSPAT, TFSPAT saham, workbook berwarna, trading journal, plan dan checklist, cenderamata eksklusif dan sijil penyertaan.

Buku Oleh Khalid Hamid

Setakat ini, Khalid Hamid telah pun mengeluarkan dua buah buku panduan forex iaitu Teknik Forex Sebenar dan TFS Price Action Trading – Panduan Lengkap Trade Cara Pro.

Kedua-dua buku mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan forex seperti asas forex, cara pro trade forex, pengurusan kewangan, dan banyak lagi. Buku panduan ini lengkap dengan video yang akan membantu anda belajar forex dengan mudah.

Buku ini sesuai untuk trader newbie dan juga berpengalaman, Anda boleh mendapatkan buku Teknik Forex Sebenar dan TFS Price Action Trading – Panduan Lengkap Trade Cara Pro secara online atau berhubung terus dengan pihak mereka.

7 Tips Forex Trading Dari Khalid Hamid

Ini merupakan 7 tips forex trading yang dikongsikan oleh Khalid Hamid melalui website beliau tfspriceaction.com.

  1. Trade pair yang senang sahaja profit sahaja.
  2. Trade pada waktu yang betul.
  3. Anda mestilah mempunyai pengurusan kewangan atau money management yang betul.
  4. Jangan trade banyak tapi profit sikit, biar trade sikit tapi profit banyak.
  5. Buat analisis sebelum entry dan anda mestilah mempunyai trading plan.
  6. Mula trade dengan modal yang kecil dahulu.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah kenal siapa Khalid Hamid. Dengan pencapaian-pencapaian yang beliau telah kecapi dalam dunia forex, tidak hairanlah kenapa beliau digelar sebagai lagenda dalam bidang ini. Jika anda nak jadi trader forex yang berjaya, anda mestilah mempunyai ilmu yang forex yang cukup. Anda boleh belajar dan mendapatkan panduan daripada mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *