Jangan Kejar Duit, Kejarlah Matlamat Anda

Satu benda pelik yang sering berlaku dalam kehidupan adalah, semakin anda mengejar duit, semakin duit itu akan lari dari anda.

Contohnya, semasa trade forex, anda mungkin sedang buat floating profit sebanyak 120 pips. Oleh kerana anda masih nak mengejar pips, anda biarkan trade itu berjalan tanpa stop loss, walhal, 120 pips itu dah cukup banyak sebenarnya.

Disebabkan ketamakan anda, trend berubah arah. Trade anda yang sedang profit bertukar menjadi loss.

Pengajarannya di sini adalah jangan sesekali kejar duit, terutamanya duit pantas. Jika anda mahu duit masuk ke dalam poket anda secara berterusan, anda perlu mengubah fokus anda daripada mindset jangka pendek ke mindset dan kaedah jangka panjang.

Anda perlu bina struktur dan proses supaya duit boleh disalurkan ke poket anda secara berterusan.

Saya akan mengakhiri artikel ini dengan menyampaikan satu video hebat daripada Gary Vaynerchuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *