Forex Malaysia – Laman Sesawang Forex Trading #1 Di Malaysia

Selamat datang ke forexmalaysia.com.my (FOREX MALAYSIA), laman sesawang forex trading #1 di Malaysia. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke laman sesawang ini dan berharap anda dapat mencari maklumat yang diperlukan, samada untuk belajar forex atau mencari forex broker (di Malaysia) yang boleh dipercayai (trusted) dan menepati bajet anda.

Jika anda masih lagi baru dalam forex dan memerlukan info lanjut untuk bermula, segmen Pengenalan Kepada Forex Trading di bawah mungkin boleh membantu anda:

Pengenalan Kepada Forex Trading

Anda tak perlu membeli ebook atau join kursus forex yang berharga beribu-ribu ringgit untuk tahu apa itu forex. Panduan kami yang PERCUMA akan memberikan pendedahan kepada anda kepada dunia forex dan bagaimana untuk bermula.

Adakah anda sedang dalam proses menilai broker forex yang sesuai dengan jiwa (dan juga bajet) anda? Segmen forex broker kami boleh membantu untuk menyelesaikan dilemma anda!

Senarai Broker Forex Yang Boleh Dipercayai

Bagaimana untuk memilih broker yang sesuai dengan anda? Kami telah menyenaraikan lebih daripada 20 broker forex di Malaysia yang telah kami nilai dan memuaskan hati kami. Kami dah buat research. Tinggal anda pilih sahaja!

Artikel-Artikel Forex Malaysia Yang Terkini

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa itu forex?

Forex adalah singkatan bagi “Foreign Exchange”. Ianya bermaksud penukaran matawang. Jika anda ingin ke luar negara, anda perlu menukarkan wang anda dalam bentuk Ringgit ke bentuk yang lain. Selain itu, jika anda berkecimpung dalam perniagaan antarabangsa, anda perlu membayar dan menerima bayaran menggunakan matawang yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak.

2. Apa itu forex trading?

Forex trading adalah aktiviti perdagangan matawang. Anda sebenarnya sudah boleh berdagang matawang secara manual, dengan membeli matawang sesebuah negara dari pengurup wang pada harga yang rendah dan apabila nilai matawang negara tersebut sudah naik, anda boleh menjual semula matawang tersebut kepada pengurup wang untuk memperoleh keuntungan atau “profit”.

Anda boleh menggunakan cara yang lebih moden untuk berdagang matawang iaitu dengan menggunakan perisian atau platform dagangan yang diinstall ke dalam komputer, laptop atau telefon bimbit (smartphone) anda, dengan syarat, anda mempunyai akses kepada talian Internet. Proses membeli dan menjual matawang boleh dilaksanakan dengan mudah menggunakan platform dagangan tersebut tanpa perlu berurusan secara langsung dengan pengurup wang.

3. Adakah forex trading sah di Malaysia?

Malaysia buat masa sekarang belum lagi mempunyai kerangka perundangan untuk memantau aktiviti-aktiviti forex trading seperti negara-negara maju yang lain contohnya Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Cyprus. Oleh itu, walaupun anda beminat untuk trade forex, anda perlu trade atas risiko sendiri. Kerajaan Malaysia tak akan menanggung sebarang kerugian andaikata anda hilang duit. Anda perlu sedia maklum bahawa forex trading merupakan aktiviti dagangan yang high risk. Ianya tak sesuai jika anda mempunyai toleransi risiko yang rendah. So, trade at your own risk (TAYOR).

4. Bagaimana untuk mula trade forex di Malaysia?

Forex trading merupakan aktiviti high risk dan untuk bermula, anda perlulah mendapatkan bimbingan yang secukupnya.

5. Adakah pendapatan forex dikenakan cukai oleh kerajaan Malaysia?

6. Pandangan anda tentang forex dalam hukum Islam?