Apabila trader berdagang forex dan mendapat keuntungan (profit), sudah tentu mereka akan mengeluarkan keuntungan tersebut untuk digunakan bagi pelbagai tujuan. Proses pengeluaran keuntungan ini adalah langkah penting bagi memastikan hasil dagangan yang diperoleh dapat dinikmati secara nyata.
Namun, walaupun nampak mudah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pedagang sebelum membuat pengeluaran. Artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah tentang cara membuat pengeluaran keuntungan dari akaun dagangan forex anda.
Semak Syarat dan Polisi Pengeluaran Broker
Sebelum membuat pengeluaran, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memahami syarat dan polisi pengeluaran yang ditetapkan oleh broker forex anda.
Setiap broker mempunyai polisi yang berbeza, terutamanya dari segi masa pemprosesan, caj pengeluaran, dan kaedah pembayaran yang disediakan.
Ada broker yang menawarkan pengeluaran segera, manakala ada juga yang memerlukan beberapa hari bekerja untuk memproses permohonan pengeluaran.
Pastikan anda membaca terma dan syarat dengan teliti, terutamanya berkaitan caj yang mungkin dikenakan.
Ada broker yang tidak mengenakan sebarang caj untuk pengeluaran, tetapi ada juga yang mengenakan caj tetap atau peratusan daripada jumlah wang yang dikeluarkan.
Pilih Kaedah Pengeluaran yang Sesuai
Kebanyakan broker forex menawarkan pelbagai pilihan kaedah pengeluaran, termasuk pemindahan bank (online bank transfer), kad kredit/debit, e-wallet seperti Skrill dan Neteller, serta mata wang kripto. Anda perlu memilih kaedah pengeluaran yang paling sesuai dengan keperluan dan keselesaan anda.
Berikut adalah beberapa pilihan kaedah pengeluaran yang selalu ditawarkan oleh broker forex:
Pemindahan Bank (Online Bank Transfer)
Kaedah ini adalah antara kaedah withdrawal yang paling popular kerana ia membenarkan pengeluaran terus ke akaun bank anda. Bagi pedagang dari Malaysia, kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk anda.
Tempoh pengeluaran bagi kaedah ini pula berbeza-beza bergantung dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh broker forex.
Kaedah ini juga merupakan kaedah yang lebih mudah untuk deposit akaun dagangan anda.
Biasanya ia mengambil masa dalam beberapa minit, jam, hari bahkan minggu. Jika anda menghadap sebarang kesukaran bagi proses pengeluaran menggunakan kaedah ini, anda boleh menghubungi pihak broker untuk bantuan lanjut.
Kad Kredit/Debit
Pengeluaran ke kad kredit atau debit anda juga adalah pilihan yang mudah, namun ia bergantung kepada polisi bank anda. Masa pemprosesan mungkin mengambil masa antara 1 hingga 5 hari bekerja.
Dompet Elektronik (e-Wallets)
Pilihan seperti Skrill dan Neteller sering menjadi pilihan pedagang kerana masa pemprosesan yang cepat, biasanya dalam tempoh 24 jam.
Mata Wang Kripto
Sesetengah broker kini menyokong pengeluaran dalam bentuk mata wang kripto seperti Bitcoin.Oleh itu, jika anda aktif melabur dalam mata wang kripto, anda boleh menggunakan kaedah ini.
Pastikan Dokumen Pengesahan Anda Lengkap
Untuk mengelakkan kelewatan atau masalah semasa pengeluaran, pastikan akaun dagangan anda telah pun disahkan sepenuhnya oleh broker.
Kebanyakan broker memerlukan dokumen pengesahan seperti salinan kad pengenalan atau pasport, bill utiliti untuk bukti alamat, dan mungkin juga dokumen tambahan seperti penyata bank.
Proses pengesahan ini adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan akaun dan mematuhi peraturan kewangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya dokumen anda tidak lengkap atau sah, permohonan pengeluaran mungkin akan ditangguhkan atau ditolak.
Cara Mengeluarkan Wang dari Akaun Trading Ke Akaun Bank Anda
Pertama sekali, log masuk ke platform broker forex anda dan pergi ke bahagian pengeluaran (‘Withdraw’) dalam portal atau platform dagangan dan pilih kaedah pengeluaran yang anda inginkan.
Sekarang, masukkan jumlah keuntungan yang ingin dikeluarkan dan sahkan permohonan pengeluaran anda. Sesetengah broker yang mungkin meminta pengesahan melalui email atau telefon.
Akhir sekali, tunggu broker memproses pengeluaran tersebut, di mana masa pemprosesan bergantung kepada kaedah yang dipilih. Jangan lupa untuk memantau status pengeluaran melalui akaun anda.
Kesimpulan
Proses pengeluaran keuntungan dari akaun dagangan forex adalah proses yang penting dan tidak boleh diabaikan. Untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar, pastikan anda memahami syarat dan polisi pengeluaran broker, memilih kaedah yang sesuai, dan menyediakan semua dokumen pengesahan yang diperlukan.
Dengan langkah-langkah yang betul, anda dapat menikmati hasil dagangan forex anda tanpa sebarang masalah.