VT Markets Malaysia Review: Ulasan Broker Forex Untuk Tahun 2025

VT Markets merupakan salah satu broker forex yang memberikan akses kepada pedagang forex untuk berdagang di pasaran mata wang. Ulasan ini merupakan hasil penelitian kami tentang broker forex VT Markets. Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui apakah broker ini sesuai digunakan oleh trader atau pedagang forex di Malaysia atau tidak.

Broker forex VT Markets ditubuhkan pada tahun 2015 di Australia. VT Markets memberikan anda akses kepada beberapa aset kewangan di pasaran pertukaran matawang asing seperti Forex, Indeks, Tenaga, Logam berharga, Komoditi lembut, ETF,Saham CFD dan Bon CFD.

Mereka juga menawarkan beberapa jenis akaun dagangan kepada pelanggan mereka serta platform dagangan seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Laman Webvtmarkets.com
NegaraAustralia
Tahun Penubuhan2015
Dikawal Selia Oleh1. Australian Securities & Investments Commission (ASIC) di bawah nombor lesen 516246.
2. Financial Sector Conduct Authority (FSCA) Afrika Selatan di bawah nombor lesen 50865.
3. Mauritius Financial Services Commission (FSC) di bawah nombor lesen GB23202269.
Deposit Minimum50 USD
BonusTersedia
Leverage Maksimum500:1
Spread Minimum0.0 pip
Platform DaganganMetatrader 4
Metatrader 4 Mobile
Metatrader 5
Metatrader 5 Mobile
WebTrader
Platform Berasaskan WebYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan VT Markets

  • VT Markets merupakan broker forex yang dikawal-selia oleh beberapa badan berkuasa termasuk ASIC dan FSCA.
  • Minimum deposit serendah 50 USD atau sekitar RM224.98.
  • Menawarkan lima jenis akaun dagangan termasuk akaun demo.
  • Menyediakan kaedah deposit yang murah seperti perbankan atas talian.

Kelemahan VT Markets

  • Caj CFD yang tinggi.
  • Tidak tersedia untuk pedagang di Amerika Syarikat. Oleh itu, jika anda menetap di Amerika Syarikat, anda mungkin tidak dapat menggunakan perkhidmatan broker forex ini.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau VT Markets

VT Markets merupakan jenama yang merangkumi beberapa entiti di bawahnya. Berikut merupakan senarai entiti jenama VT Markets bersama badan berkuasa yang memantau aktiviti perdagangannya:

  1. VT Global Pty Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Australian Securities & Investments Commission (ASIC) di bawah nombor lesen 516246.
  2. VT Markets (Pty) Ltd merupakan Financial Service Provider (FSP) sah yang didaftarkan dan dikawal oleh Financial Sector Conduct Authority (FSCA) Afrika Selatan di bawah nombor lesen 50865.
  3. VT Markets Limited merupakan peniaga pelaburan yang diberi kuasa dan dikawal oleh Mauritius Financial Services Commission (FSC) di bawah nombor lesen GB23202269.

Inilah badan berkuasa yang mengawal selia aktiviti perdagangan VT Markets. Namun, sila ambil perhatian bahawa jika anda ingin menggunakan broker forex ini, pastikan anda telah memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh broker forex VT Markets.

Produk-Produk Yang Didagangkan Di VT Markets

Produk dagangan atau instrumen dagangan merupakan aset yang boleh didagangkan oleh pedagang di platform VT Markets. Berikut merupakan produk dagangan yang ditawarkan oleh VT Markets:

  1. Lebih daripada 40 pasang matawang asing atau forex.
  2. Lebih daripada 25 Indeks termasuk S&P 500, Dow Jones Industrial Average (DJ30) dan DAX 40 (GER40)
  3. Aset tenaga seperti minyak mentah, gas asli dan petrol.
  4. Logam berharga atau precious metal seperti silver dan emas.
  5. Soft commodity seperti Cocoa, Orange Juice dan Sugar.
  6. 51 produk ETF (exchange-traded fund)
  7. Produk CFD share dari 800 syarikat di seluruh dunia seperti Airbnb Inc, Adobe Inc, AT&T Inc dan banyak lagi.
  8. CFD BONDS seperti Teasury Bond Futures, UK Long Gilt Futures, Euro-Bund Futures dan banyak lagi.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh VT Markets

VT Markets menyediakan lima jenis akaun dagangan, termasuk akaun demo, untuk memenuhi keperluan pedagang dari pelbagai peringkat pengalaman. Jenis akaun dagangan sebenar yang ditawarkan adalah Standard STP, Raw ECN, Swap Free, dan akaun Cent.

Berikut adalah butiran lengkap mengenai jenis-jenis akaun dagangan yang ditawarkan oleh VT Markets.

Standard STP

Akaun Standard STP VT Markets menawarkan harga yang jelas dan telus, pelaksanaan pesanan yang pantas, spread yang rendah, dan tiada komisen. Dengan akaun ini, anda boleh berdagang dengan pelbagai pasangan instrument dagangan termasuk forex, komoditi, indeks, dan CFD saham.

Jenis pelaksanaanSTP
Spread bermula dari1.2 pip
Komisen$0
Matawang asasAUD, USD, HKD, GBP, EUR dan CAD
PlatformMT4, MT5
Deposit minimum$100
Bonus daganganTersedia
Saiz dagangan minimum0.01 Lot

Raw ECN

Akaun dagangan Raw ECN VT Markets menawarkan penyelesaian dagangan kepada mereka yang mementingkan kos perdagangan. Dengan akaun ini, anda dapat berdagang terus dengan bank dan institusi terbesar di dunia tanpa mark-up spread dan komisen serendah $6 sahaja.

Jenis pelaksanaanECN
Spread bermula dari0.0 pip
Komisen$6
Matawang asasAUD, USD, HKD, GBP, EUR dan CAD
PlatformMT4, MT5
Deposit minimum$100
Bonus daganganTersedia
Saiz dagangan minimum0.01 Lot

Swap Free

Akaun Swap Free direka khas untuk pedagang Muslim yang tidak boleh menerima atau membayar swap kerana kepercayaan agama. VT Markets menyediakan akaun Swap Free untuk akaun Standard STP dan Raw ECN.

Jenis AkaunSwap Free Standard STPSwap Free – Raw ECN
Jenis pelaksanaanSTPECN
Swap freeYaYa
Platform daganganMetatrader 4
Metatrader 4 Mobile
Metatrader 5
Metatrader 5 Mobile
WebTrader
Metatrader 4
Metatrader 4 Mobile
Metatrader 5
Metatrader 5 Mobile
WebTrader
Minimum deposit$100$100
Leverage500:1
Spread bermula dari1.2 pip0.0 pip
Komisen$0$6
Bonus daganganTersediaTersedia
Mata wang asasAUD, USD, HKD, GBP, EUR dan CADAUD, USD, HKD, GBP, EUR dan CAD

Akaun Cent

Akaun Cent sesuai untuk trader baru kerana anda boleh mula berdagang forex dengan jumlah dagangan yang lebih kecil. Akaun ini juga boleh digunakan untuk menguji perkhidmatan yang disediakan oleh VT Markets di Malaysia.

Jenis AkaunCENT ECNCENT STP
Deposit minimum50USD= 5000USC50USD= 5000USC
Pengeluaran minimum40USD= 4000USC40USD= 4000USC
Saiz dagangan minimum0.01 lot0.01 lot
PlatformMetaTrader 4/ MetaTrader 5MetaTrader 4/ MetaTrader 5
Jenis pelaksanaanECNSTP
Spread0.0 pip1.1 pip
Komisen$6 (setiap pusingan)$0 (setiap pusingan)
Swap feeYaYa
Matawang asasUSCUSC
Jenis Produk DaganganForex, Emas, Perak dan Minyak sahajaForex, Emas, Perak dan Minyak sahaja.

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan

Mengikut pemerhatian kami, VT Markets membolehkan pelanggan mereka untuk menghubungi wakil sokongan perkhidmatan mereka melalui Live Chat yang tersedia di laman web rasmi mereka.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi mereka melalui email di info@vtmarkets.com. Email anda akan dibalas dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.

Deposit

VT Markets menyediakan kaedah deposit melalui Unionpay Transfer, Mobile Pay, Skrill, Neteller, Fasapay, serta instant bank transfer untuk pelanggan dari Vietnam, EU, dan Thailand. Deposit biasanya diterima dalam masa 30 hingga 60 minit. Bagi kaedah pemindahan Bank Antarabangsa pula, ia mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk dikreditkan ke dalam akaun dagangan anda.

Withdrawal

VT Markets menyediakan kaedah withdrawal melalui pemindahan wayar antarabangsa, kad kredit/debit, FasaPay, Skrill/Neteller, dan lain-lain. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengeluaran anda haruslah sama dengan kaedah deposit yang anda digunakan.

Leverage

VT Markets menawarkan leverage sehingga 500:1.

Platform Dangangan Yang Disediakan Oleh VT Markets

VT Markets menyediakan beberapa jenis platform dagangan kepada pelanggan mereka seperti:

  • VT Markets app
  • MetaTrader 5
  • MetaTrader 4
  • TradingView
  • Webtrader

Cara Buka Akaun Trading VT Markets

Berikut merupakan panduan membuka akaun dagangan dengan VT Markets.

Langkah 1

Pilih negara tempat tinggal anda, masukkan alamat e-mel anda, pilih kata laluan dan masukkan referral ID jika anda. Kemudian klik butang “Open a live account”.

Langkah 2

Kemudian, sila masukkan maklumat peribadi anda seperti nama, jantina, tarikh lahir dan sebagainya.

Langkah 3

Kemudian, sila pilih platform dan akaun dagangan pilihan anda.

Langkah 4

Pilih jenis matawang dan tetapkan kata laluan akauns sekali lagi. Kemudian klik butang “Submit”.

Langkah 5

Selepas itu, sila muat naik dokumen pengesahan seperti salinan kad pengenalan untuk mengesahkan akaun dagangan anda. Setelah akaun dagangan anda disahkan, anda boleh membuat deposit ke dalam akaun dagangan anda dan mula berdagang forex.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker VT Markets?

  • Menawarkan lebih daripada 1000 aset dagangan (trade over 1,000 assets) yang popular termasuk saham, forex, ETF dan banyak lagi.
  • Sokongan perkhidmatan pelanggan 24 jam sehari 7 hari seminggu.
  • Broker forex yang dikawal-selia oleh ASIC, FSCA dan FSC.
  • VT Markets telah menerima pelbagai award termasuk Best STP Broker for Beginners, Best MT4 ECN Broker, Best CFD Broker dan banyak lagi.
  • Pernah bekerjasama dengan kelab bola sepak Newcastle United dan Maserati MSG Racing.

Kesimpulan

Kesimpulannya, VT Markets menawarkan pelbagai pilihan untuk pedagang forex. Anda boleh mencuba broker ini untuk menilai sama ada ia sesuai dengan keperluan dagangan anda. Pastikan untuk memahami terma dan syarat yang ditetapkan sebelum membuat keputusan.