Swissquote Malaysia Review: Ulasan Forex Broker Untuk Tahun 2025

Artikel ini merupakan ulasan tentang Swissquote di Malaysia. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan mengenai latar belakang syarikat Swissquote, perkhidmatan yang ditawarkan, serta kelebihan dan kekurangannya sebagai platform perdagangan atas talian di Malaysia

Swissquote ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Switzerland. Syarikat ini telah berjaya membangun organisasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa sebagai broker yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian. Swissquote menawarkan pelbagai instrumen kewangan, termasuk forex, CFD dan logam berharga (precious metal).

Laman Webswissquote.com
NegaraSwitzerland
Dikawal Selia Oleh1. Swiss Federal Financial Market Supervisory Authority (FINMA)
2. Financial Conduct Authority (FCA)
3. Dubai Financial Services Authority (DFSA)Securities and Futures Commission (SFC)
4. Malta Financial Services Authority (MFSA)
Deposit Minimum1,000 USD
Spread Minimum1.1 Pip
Leverage Maksimum1:100
Platform DaganganMT4 dan MT5
Platform BerasaskanYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan Swissquote

  • Pelbagai jenis pilihan akaun dagangan.
  • Latar belakang perniagaan yang baik.

Kelemahan Swissquote

  • Proses buka akaun dagangan susah.
  • Kurang pilihan kaedah withdrawal.
  • Minimum deposit tinggi.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau Swissquote

Swissquote Group Holding Ltd merupakan penyedia perkhidmatan perdagangan atas talian di Switzerland. Mereka mempunyai beberapa ibu pejabat di beberapa negara termasuk Gland (VD), Zürich, London, Luxembourg, Malta, Bucharest, Cyprus, Dubai, Singapura, Hong Kong dan Cape Town.

Entiti ini dikawal-selia oleh beberapa padan berkuasa seperti berikut:

  • Swissquote Bank Ltd – Switzerland: Swissquote Bank Ltd memegang lesen perbankan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa penyeliaannya iaitu Swiss Federal Financial Market Supervisory Authority (FINMA). Mereka juga merupakan ahli Swiss Bankers Association.
  • Swissquote Ltd – London Office: Swissquote Ltd diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA).
  • Swissquote MEA Ltd – Dubai: Swissquote MEA Ltd memegang lesen kategori 3A daripada Dubai Financial Services Authority (DFSA).
  • Swissquote Asia Ltd – Hong Kong Office: Swissquote Asia Ltd adalah sebuah syarikat berlesen di bawah seliaan Securities and Futures Commission (SFC) dan mereka telah diberikan lesen Type 3 (Leverage Foreign Exchange Trading).
  • Swissquote Financial Services (Malta) Ltd: Malta Office: Swissquote Financial Services (Malta) Ltd adalah sebuah syarikat Perkhidmatan Pelaburan EU di bawah penyeliaan Malta Financial Services Authority (MFSA).

Produk-Produk Yang Didagangkan Swissquote

Swissquote menawarkan beberapa jenis produk dagangan kepada pelanggan mereka, termasuk Forex, Saham, CFD, Kripto, Emas, dan banyak lagi. Platform dagangan ini memberikan akses kepada lebih daripada 500 pasangan matawang, komoditi, dan aset digital.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Swissquote

Untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, Swissquote menawarkan empat jenis akaun dagangan yang direka khas untuk memenuhi tahap pengalaman dan keutamaan pelanggan mereka yang berbeza.

Akaun-akaun dagangan tersebut adalah Akaun Standard, Akaun Premium, Akaun Prime, dan Akaun Professional. Setiap jenis akaun dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang sesuai untuk memenuhi keperluan dagangan individu. Berikut adalah butiran lengkap mengenai setiap akaun dagangan yang disediakan oleh Swissquote.

Standard

ForexSpread bermula dari 1.7 pipTiada komisen
SahamUSD 0,03/SHARE ‑ US0,15% – CH+EU+UKMinimum 20 USD
Saiz Perdagangan Minimum0.01 lot – 1’000 CCY
Standard Leverage1:100
Expert Advisors / HFTDibenarkan
Margin Penyelenggaraan100
Tahap Stop-out30%
Yuran Ketidakaktifan10 unit matawang akaun sebulan
Minimum Deposit1,000 USD

Premium

ForexSpread bermula dari 1.4 pipTiada komisen
SahamUSD 0,02/SHARE ‑ US0,12% – CH+EU+UKMinimum 15 USD
Saiz Perdagangan Minimum0.0.1 lot – 10’000 CCY
Standard Leverage1:100
Expert Advisors / HFTDibenarkan
Margin Penyelenggaraan100
Tahap Stop-out30%
Yuran Ketidakaktifan10 unit matawang
Minimum Deposit10,000 USD

Prime

ForexSpread bermula dari 1.1 pipTiada komisen
SahamUSD 0,01/SHARE ‑ US0,09% – CH+EU+UKMinimum 10 USD
Saiz Perdagangan Minimum1 lot -100’000 CCY
Standard Leverage1:100
Expert Advisors / HFTDibenarkan
Margin Penyelenggaraan100
Tahap Stop-out30%
Yuran Ketidakaktifan10 unit matawang
Minimum Deposit50,000 USD

Professional

Forex
Saham
Saiz Perdagangan MinimumCustom
Standard LeverageCustom
Expert Advisors / HFTDibenarkan
Margin Penyelenggaraan100
Tahap Stop-out30%
Yuran Ketidakaktifan10 unit matawang
Minimum DepositMengikut volume

Perkhidmatan Sokongan Pelanggan Swissquote

Sokongan perkhidmatan pelanggan Swissquote boleh dihubungi melalui panggilan telefon di +41 44 825 88 88, +41 44 825 87 77 dan +41 22 999 94 76. Mereka juga boleh dihubungi melalui email di alamat fx@swissquote.com.

Sokongan perkhidmatan mereka tersedia dari 4:00 PM to 6:00 AM (hari berikutnya) MYT, Monday to Friday atau 24 jam mengikut jenis perkhidmatan yang anda perlukan.

Deposit Swissquote

Sebelum melakukan deposit, anda mesti mempunyai akaun aktif dengan Swissquote dahulu. Jika anda belum mempunyai akaun dagangan, anda boleh membukanya terlebih dahulu.

Swissquote menerima Mastercard dan Visa debit card tanpa sebarang caj transaksi untuk pelanggan yang ingin mendeposit dana secara serta-merta. Kaedah ini sangat mudah dan pantas untuk digunakan. Swissquote juga membolehkan pelanggan mereka untuk melakukan deposit melalui bank wire transfer.

Swissquote Ltd tidak mengenakan caj transaksi untuk deposit atau pengeluaran dana. Walau bagaimanapun, bank penerima mungkin mengenakan caj transaksi. Anda boleh memilih sama ada caj ini ditolak terus daripada jumlah yang dipindahkan atau dibayar secara berasingan. Sila hubungi bank anda untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana kadar caj transaksi mungkin berbeza-beza.

Withdrawal Swissquote

Swissquote hanya menawarkan kaedah pengeluaran dana melalui pemindahan bank. Ini merupakan salah satu kekurangan Swissquote berbanding broker lain yang menawarkan pilihan pengeluaran menggunakan kad kredit, debit kad, e-wallet dan banyak lagi.

Leverage Swissquote

Swissquote menyediakan standard leverage kepada pelanggan mereka iaitu 100:1

Platform Dagangan Yang Disediakan Oleh Swissquote

Swissquote menawarkan dua platform dagangan iaitu MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza-beza. Kedua-dua platform ini menyediakan alat dan ciri canggih yang membolehkan pedagang menjalankan analisis teknikal, melaksanakan perdagangan dengan cepat, serta mengakses pasaran kewangan global dengan mudah.

MetaTrader 4 (MT4) terkenal dengan antara muka (interface) yang mesra pengguna dan fleksibiliti dalam melaksanakan perdagangan. Ia sesuai untuk pedagang baru dan berpengalaman. Sementara itu, MetaTrader 5 (MT5) pula menawarkan ciri tambahan seperti lebih banyak timeframe, alat analisis yang lebih mendalam, serta memberi akses kepada pelbagai aset dagangan termasuk saham dan matawang kripto.

Cara Buka Akaun Trading Swissquote

Cara buka akaun dagangan Swissquote, caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1

Sila isikan maklumat peribadi anda seperti yang diminta dalam tangkapan skrin di bawah. Pastikan semua maklumat dimasukkan dengan betul dan lengkap. Setelah itu, klik butang “Next Step”.

Langkah 2

Seterusnya, sila pilih status pekerjaan anda, masukkan maklumat cukai jika ada, dan jawab beberapa soalan yang diberikan. Kemudian, klik butang “Next Step”

Langkah 3

Sila lengkapkan maklumat akaun dagangan anda, termasuk jenis platform yang ingin digunakan, jenis matawang, dan sumber pendapatan

Langkah 4

Kemudian, sila semak maklumat pendaftaran anda sekali lagi. Jika semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan anda.

Langkah 5

Akhir sekali, sila muat naik dokumen pengesahan akaun dagangan anda. Anda boleh memuat naik salinan kad pengenalan, memuat turun kontrak yang disediakan oleh Swissquote dan tandatangan, serta bukti kediaman seperti bil utiliti. Setelah akaun anda disahkan oleh pihak Swissquote, anda boleh mendepositkan dana ke akaun dagangan anda dan mula berdagang forex

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Swissquote

  • Swissquote merupakan broker forex yang diurus oleh kumpulan jurutera, usahawan, dan pakar kewangan.
  • Merupakan penaja kepada Europa League (UEFA), Conference League (UEFA) dan banyak lagi.
  • Pernah menerima award Best Swiss Online Broker, Best Performing Swiss Equity Fund dan banyak lagi.
  • Bekerjasama dengan Manchester United, salah satu pasukan bola sepak paling popular di dunia pada tahun 2015.
  • Menawarkan empat jenis akaun dagangan dan platform MT4 serta MT5.
  • Menyediakan sumber rujukan dan pembelajaran kepada pelanggan mereka.

Kesimpulan

Swissquote merupakan broker forex yang mempunyai reputasi kukuh sejak penubuhannya pada tahun 1996. Broker ini juga dikawal selia oleh badan berkuasa yang berwibawa. Namun, berdasarkan penyelidikan kami, deposit minimum yang ditawarkan oleh Swissquote agak tinggi. Broker ini mungkin kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai modal rendah.