Global Prime Malaysia Review: Ulasan Broker Forex Untuk Tahun 2025

Artikel ini merupakan ulasan mengenai broker forex Global Prime, sebuah platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan dalam talian.

Artikel ini akan membincangkan pelbagai aspek penting tentang broker ini, termasuk jenis akaun dagangan yang disediakan, instrumen dagangan yang ditawarkan, platform dagangan yang tersedia, serta sokongan perkhidmatan pelanggan. Selain itu, artikel ini turut juga turut mengulas tentang lesen pengawalseliaan dan reputasi Global Prime dalam industri perdagangan forex.

Global Prime, yang ditubuhkan pada tahun 2010 di Australia, merupakan broker forex yang mendapat penilaian tinggi dengan 4.7/5 bintang daripada ulasan pelanggan di forexpeacearmy.com. Penilaian ini mencerminkan kualiti perkhidmatan yang baik yang ditawarkan kepada pelanggannya.

Berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka, Global Prime menyediakan spread serendah 0.0 pip, tiada yuran deposit, dan saiz akaun minimum serendah $0. Untuk menentukan sama ada broker ini sesuai untuk anda, mari kita teliti butiran lanjut mengenai broker ini.

Laman Webglobalprime.com
NegaraAustralia
Tahun Penubuhan2010
Dikawal Selia OlehASIC, VFSC
Deposit Minimum$10
BonusAda
Leverage Maksimum500:1
Spread Minimum0.0 pip
Platform DaganganMetaTrader 4
Platform BerasaskanYa
Aplikasi Mudah AlihYa
Sokongan Di MalaysiaYa

Kelebihan Global Prime

  • Mendapat penilaian tinggi dengan 4.7/5 bintang daripada ulasan pelanggan di forexpeacearmy.com.
  • Minimum deposit rendah.
  • Deposit and withdrawal percuma.

Kelemahan Global Prime

  • Pilihan akaun dagangan yang terhad.
  • Alat pembelajaran dan rujukan yang terhad.

Badan-Badan Berkuasa Yang Memantau Global Prime

Berikut merupakan badan berkuasa yang mengawal-selia broker forex Global Prime:

  • Global Prime adalah nama dagangan bagi FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia No. 385620.
  • Gleneagle Securities Pty Limited yang beroperasi sebagai Global Prime FX adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Vanuatu (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal-selia oleh VFSC.

Selain itu, mereka juga menyediakan perlindungan wang pelanggan. Semua dana pelanggan diuruskan mengikut undang-undang wang pelanggan dan disimpan berasingan daripada dana syarikat. Wang pelanggan disimpan dalam Akaun Amanah Pelanggan yang berasingan di HSBC dan National Australia Bank (NAB).

Produk-Produk Yang Didagangkan Di Global Prime

Walaupun Global Prime pakar dalam Forex, namun mereka tetap menyediakan beberapa produk dagangan lain yang boleh didagangkan oleh pelanggan mereka. Produk dagangan atau instrumen dagangan yang disediakan adalah Kripto CFD, Indeks, Komoditi dan Bond CFD.

Jenis Akaun Dagangan Yang Ditawarkan Oleh Global Prime

Global Prime menyediakan dua jenis akaun dagangan untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza-beza. Akaun yang ditawarkan adalah Akaun Standard dan Akaun Raw. Kedua-dua akaun dagangan ini mempunyai syarat dagangan yang berbeza.

Standard

Spread Bermula Dari0.9 pip
Komisen$0
Perdagangan Minimum0.01 lot
Perdagangan Maksimum1000 lot
Tahap Stopout20%
ScalpingYa
EAYa
HedgingYa
MatawangUSD, AUD, GBP, EUR, CAD, SGD, JPY

RAW

Spread Bermula Dari0.0 pip
Komisen$3.5
Perdagangan Minimum0.01 lot
Perdagangan Maksimum1000 lot
Tahap Stopout20%
ScalpingYa
EAYa
HedgingYa
MatawangUSD, AUD, GBP, EUR, CAD, SGD, JPY

Sokongan Perkhidmatan Pelanggan

Anda boleh menghubungi wakil sokongan pelanggan Global Prime melalui beberapa saluran. Pertama, anda boleh menggunakan fungsi live chat yang tersedia di laman web rasmi mereka. Kedua, anda juga boleh menghantar email ke alamat support@globalprime.com atau membuat panggilan telefon ke nombor +61 (2) 8379 3622.

Sokongan pelanggan Global Prime beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Oleh itu, anda bebas untuk menghubungi mereka pada bila-bila masa sekiranya menghadapi sebarang masalah. Selain itu, laman web mereka juga turut menyediakan bahagian Soalan Lazim (FAQ) yang menjawab pelbagai persoalan utama dengan lengkap.

Deposit

Global Prime menawarkan pelbagai kaedah deposit untuk memudahkan urusan pelanggan mereka. Antara kaedah yang disediakan termasuk Visa, MasterCard, e-wallet seperti PayPal, Neteller, Skrill, wire transfer, dan lain-lain. Bagi pelanggan atau pedagang dari Malaysia, kaedah deposit yang paling mudah adalah melalui Visa, MasterCard, atau pemindahan bank secara dalam talian.

Global Prime tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses deposit. Namun, pihak bank atau penyedia perkhidmatan pembayaran mungkin akan mengenakan caj perkhidmatan. Oleh itu, pastikan anda menyemak terma dan syarat penyedia pembayaran sebelum membuat transaksi.

Withdrawal

Global Prime menyediakan kaedah pengeluaran yang sama seperti kaedah deposit. Jumlah minimum pengeluaran yang ditetapkan adalah $10. Anda boleh membuat pengeluaran melalui akaun dagangan anda. Permintaan pengeluaran tersebut akan diproses dalam tempoh tertentu bergantung pada kaedah pengeluaran yang anda pilih.

Leverage

Leverage yang ditawarkan oleh Global Prime bergantung kepada beberapa faktor termasuk lokasi anda, entiti yang anda gunakan untuk berdagang, dan klasifikasi anda sebagai pelanggan.

Bagi pelanggan yang berdagang di bawah VSFC, leverage maksimum yang tersedia adalah seperti berikut:

  • Forex & Logam: 1:500
  • Indeks: 1:100
  • Emas: 1:100
  • Komoditi (tidak termasuk Emas): 1:100
  • CFD Saham AS (akan datang): 1:20
  • CFD Mata Wang Kripto: 1:5

Platform Dagangan Yang Disediakan Oleh Global Prime

Buat masa ini, Global Prime hanya menawarkan platform dagangan MetaTrader 4 (MT4). Platform ini tersedia untuk PC, Mac, dan Android. Selain itu, MT4 juga disediakan dalam versi WebTrader, yang membolehkan anda berdagang terus melalui web pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menurut Global Prime, mereka juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak platform termasuk MetaTrader 5, cTrader, dan Trading View dalam masa terdekat. Langkah ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan mereka.

Cara Buka Akaun Trading Global Prime

Cara membuka akaun dagangan di Global Prime adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan peranti seperti telefon pintar, tablet, atau komputer, sambungan internet yang stabil, dokumen pengesahan seperti salinan Kad Pengenalan, dan dana sebagai modal untuk memulakan dagangan forex.

Cara buka akaun dagangan di Global Prime adalah seperti berikut:

Langkah 1

Sila isi email dan cipta kata laluan akaun anda.

Langkah 2

Klik butang “Verify Now” dan isi maklumat peribadi yang diminta oleh pihak Global Prime seperti tangkapan skrin di bawah.

Langkah 3

Kemudian, sila pilih jenis akaun dagangan yang anda nak gunakan serta tetapkan leverage akaun dagangan anda.

Langkah 4

Selepas itu, sila muat naik dokumen pengesahan untuk mengesahkan akaun dagangan anda. Anda boleh memuat naik salinan Kad Pengenalan, lesen memandu, atau pasport anda. Setelah akaun anda disahkan oleh pihak Global Prime, anda boleh membuat deposit ke dalam akaun dagangan anda, memuat turun platform dagangan MT4, dan mula berdagang forex.

Kenapa Anda Harus Menggunakan Broker Global Prime

  • Mendapat penilaian tinggi dengan 4.7/5 bintang daripada ulasan pelanggan di forexpeacearmy.com.
  • Menyediakan VPS Forex.
  • Menyediakan sokongan perkhidmatan yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kesimpulan

Global Prime adalah broker forex yang menyediakan perkhidmatan perdagangan atas talian dengan beberapa ciri utama seperti spread rendah, deposit percuma, dan sokongan pelanggan yang tersedia 24 jam. Broker ini menawarkan dua jenis akaun dagangan dengan pelbagai instrumen dagangan tetapi dengan pilihan akaun yang agak terhad dan kekurangan sumber pembelajaran.