Sebagai pedagang forex di Malaysia, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih broker forex sebagai platform perdagangan.
Contohnya, kita perlu mengambil kira jenis akaun yang ditawarkan, kaedah deposit dan pengeluaran, deposit minimum, keselamat broker dan banyak lagi.
Hari ini, saya akan mengulas topik tentang broker forex yang menawarkan spread rendah di pasaran pertukaran mata wang asing atau forex exchange.
Apakah Itu Spread Rendah?
Dalam dunia perdagangan Forex, spread atau spread bid-ask, ialah perbezaan di antara harga beli dan harga jual. Spread ini merupakan bayaran yang dikenakan oleh syarikat broker kepada pedagang (trader) yg menjalankan urusniaga dagangan melalui syarikat broker tersebut.
Biasanya, broker forex akan membuat keuntungan daripada spread ini.
Broker forex spread rendah pula merujuk kepada broker forex yang mempunyai kos dan spread yang sangat rendah jika dibandingkan dengan broker forex yang lain dalam industri forex.
Memandangkan spread merupakan cara broker membuat duit dalam forex, jadi sukar untuk mencari broker forex yang menawarkan spread serendah 0.0 pip.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa broker forex yang baik di luar sana yang menawarkan spread rendah dan berpatutan kepada pelanggan mereka.
Bagaimanakah Spread Forex Dikira?
Saya akan menerangkan bagaimana cara untuk mengira spread dalam dagangan forex. Seperti yang saya sebut di atas, spread merupakan perbezaan antara harga Bid (Sell) dan Ask (Buy).
Perbezaan harga ini pula biasanya dikira dalam nilai “pip” di mana 1 pip mewakili 1 pergerakan dalam pasaran forex.
Contohnya dalam kes EUR USD:
- Harga Sell: 1.13398
- Harga Buy: 1.13404
Oleh itu: 1.13398 – 1.13404 = 0.6 pip
Spread yang dikenakan bagi pasangan mata wang USD/JPY adalah 0.6 pip.
Kenapa Anda Perlu Cari Broker Spread Rendah?
Spread yang rendah memberi manfaat kepada pedagang dari pelbagai sudut. Terutamanya, apabila pedagang forex berdagang dengan spread rendah ia akan dapat mengurangkan kos dagangan pedagang tersebut.
Selain itu, dengan memilih broker forex spread rendah, peniaga boleh berdagang dengan yakin dan tahu bahawa perbezaan antara harga Ask dan Bid akan kekal dan tidak berubah tidak kira berapa kerap pasaran berubah-ubah.
Anda akan tahu bahawa berdagang dengan spread yang rendah sangat berguna apabila anda mula merancang kos dagangan dan pengurusan risiko perdagangan forex anda. Biasanya, spread rendah ini paling sesuai untuk pedagang pemula, scalper dan pedagang jangka pendek.
Faktor Yang Harus Dipertimbangkan Untuk Memilih Broker Forex Spread Rendah
Broker dengan spread yang rendah mungkin kedengaran agak menarik tetapi tidak semestinya broker itu merupakan pilihan terbaik untuk anda.
Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum memutuskan untuk berdagang dengan broker forex pilihan anda.
Faktor yang anda harus pertimbangkan adalah seperti berikut:
Keselamatan
Broker yang selamat dan boleh dipercayai merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam pemilihan broker forex.
Antara ciri-ciri broker forex yang selamat dan boleh dipercayai ialah, Dikawal selia oleh badan berkuasa yang kukuh seperti Australian Securities & Investment Commission (ASIC), Securities Futures Commission (SFC) dan Financial Conduct Authority (FCA) – United Kingdom (UK).
Selain itu, ciri-ciri broker forex yang boleh dipercayai ialah mempunyai tawaran yang jelas dan tidak membingungkan.
Untuk mengetahui sama ada broker forex pilihan anda bagus atau tidak, anda boleh membuat kajian terlebih dahulu dengan membaca review atau ulasan pengguna di laman web seperti Forex Peace Army.
Deposit dan Withdrawal Yang Mudah
Setiap broker forex mempunyai dasar deposit dan pengeluaran dana yang berbeza-beza. Oleh itu, anda mestilah memilih broker forex yang menyediakan kaedah deposit dan pengeluaran yang mudah dan cepat.
Selain itu, anda juga harus memperhatikan deposit minimum yang mereka tawarkan. Ini kerana, mungkin ada sesetengah broker yang sengaja meletakkan deposit minimum yang tidak masuk akal sehingga berpuluh-puluh ribu USD. Anda mestilah memilih broker mengikut kesesuaian modal anda.
Sokongan Perkhidmatan Pelanggan
Dagangan forex berjalan dalam tempoh 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Oleh itu, sokongan perkhidmatan pelanggan broker harus tersedia pada bila-bila masa sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.
Anda juga harus mempertimbangkan apa saluran komunikasi yang disediakan dan kualiti sokongan perkhidmatan pelanggan broker forex tersebut.
Contohnya, mesej melalui Live Chat mempunyai respon yang cepat, panggilan telefon yang tidak diabaikan serta memberi bantuan dan kerjasama yang baik.
Akaun Dagangan
Setiap broker forex menawarkan akaun dagangan yang berbeza. Terdapat empat faktor yang harus anda pertimbangkan iaitu leverage dan margin, komisen dan penyebaran, minimum deposit dan kaedah pengeluaran dan deposit yang disediakan.
Kos Perdagangan
Spread yang ditawarkan oleh broker biasanya bergantung kepada jenis akaun dagangan dan pasangan mata wang yang anda pilih.
Sesetengah broker forex scam mungkin menarik orang ramai dengan janji manis menawarkan spread rendah dan sebagai ganti mereka akan mengenakan pedagang mereka dengan komisen yang tinggi.
Walaupun tidak semua broker dengan spread rendah adalah teruk. Segelintir broker mempunyai spread yang rendah tetapi kos lain juga rendah.
Mereka mungkin adalah broker yang telah lama berada di pasaran dan mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan yuran yang murah pada platform mereka.
Oleh itu, ia merupakan satu perkara yang penting untuk anda memastikan bahawa anda telah memahami dan mengetahui semua kos dagangan yang terlibat.
Platform Dagangan
Mungkin ada beberapa broker forex spread rendah yang akan menawarkan platform dagangan yang berkualiti rendah dengan pasangan mata wang yang terhad kepada pelanggan mereka.
Oleh itu, sila pastikan broker yang anda pilih menyediakan platform dagangan yang terbukti bagus seperti MetaTrader 4 (MT4).
7 Senarai Broker Forex Spread Rendah di Malaysia Pada Tahun 2024
XM
- Laman web rasmi: xmfxbroker.com
- Regulation: CySEC, ASIC, FSC dan ASIC
- Negara: Cyprus
- Ditubuhkan: 2009
- Sokongan di Malaysia: Disediakan
- Bonus: 50 NDB Welcome Bonus
- Platform dagangan: MT4 & MT5
- Nama Syarikat: Trading Point of Financial Instruments Ltd
- Platform Berasaskan Web: Ya
- Aplikasi Mudah Alih: Ya
- Sokongan di Malaysia: Ya
Kelebihan Broker Forex XM
- Dikawal selia oleh CySEC, ASIC, FSC dan ASIC.
- Menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu akaun Micro, akaun Standard dan akaun Ultra Low.
- Salah satu broker forex terbaik dan trusted di Malaysia pada tahun ini.
- Menyediakan welcome bonus sebanyak 50 NDB.
- Sokongan perkhidmatan tersedia 24/7 dalam Bahasa Melayu & English.
- Proses pembukaan akaun yang mudah dan tidak membingungkan.
GMI Markets
- Laman web: https://ma.gmimarkets.com
- Negara: Boston, USA.
- Tahun penubuhan: 2009
- Pengawal Selia: Vanuatu Financial Services Commission (14647)
- Minimum deposit: 15 USD
- Bonus: Ada
- Leverage Maksimum: 1:1000
- Platform Dagangan: MT4
- Platform Berasaskan Web: Ya
- Aplikasi Mudah Alih: Ya
- Sokongan di Malaysia: Ya
Kelebihan Broker Forex GMI Markets
- Menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu, akaun Standard, akaun Cent dan akaun ECN.
- Menawarkan akaun demo.
- Terkenal sebagai broker forex dengan proses withdrawal yang sangat pantas.
- Menawarkan lebih daripada 50 pasangan mata wang termasuk semua mata wang utama dan Logam.
- Salah satu broker forex terbaik yang mempunyai di Malaysia.
Oanda
- Laman Web: https://www.oanda.com/
- Negara: United State
- Tahun Penubuhan: 1996
- Dikawal Selia Oleh: Financial Services Commission (FSC) dan BVI Financial Services Commission in the British Virgin Islands (BVIFSC)
- Deposit Minimum: 1 USD
- Bonus: Ada (mengikut musim)
- Leverage Maksimum: 1:200
- Platform Dagangan MetaTrader 4
- Platform Berasaskan Web Ya
- Aplikasi Mudah Alih Ya
- Sokongan Di Malaysia Ya
Kelebihan Broker Forex Oanda
- Dikawal selia oleh Financial Services Commission (FSC) dan BVI Financial Services Commission in the British Virgin Islands (BVIFSC).
- Minimum deposit serendah 1 USD.
- Berada di pasaran forex lebih daripada 26 tahun. Oanda adalah salah satu broker forex yang paling lama berada di pasaran forex.
- Menyediakan bahan rujukan dan pembelajaran yang bagus kepada pemula dan pedagang berpengalaman.
- Menawarkan dagangan forex dan CFD.
Tickmill
- Laman Web: https://www.tickmill.sc
- Negara: Seychelles
- Tahun Ditubuhkan: 2014
- Dikawal Selia Oleh: FSA nombor lesen SD008, FCA nombor daftar FCA 717270, CySEC nombor lesen 278/15, Labuan FSA nombor lesen MB/18/0028 dan FSCA nombor lesen FSP 49464.
- Deposit Minimum: 100 USD
- Bonus: 30% welcome bonus
- Leverage Maksimum: 1:500
- Platform Dagangan: MT4 dan MT5
- Platform Berasaskan Web: Ya
- Aplikasi Mudah Alih: Ya
- Sokongan di Malaysia: Ya
Kelebihan Broker Tickmill
- Broker forex spread rendah terbaik di Malaysia yang menghampiri spread sifar.
- Menawarkan lebih daripada 80 instrumen dagangan dan menawarkan dagangan forex dan CFD.
- Menawarkan akaun demo untuk anda menguji strategi perdagangan anda.
- Dana pelanggan disimpan di dalam akaun yang berasingan dengan top-tier bank dan menyediakan Perlindungan Baki Negatif.
- Welcome bonus $30 untuk pedagang-pedagang dari Malaysia.
- Salah satunya broker forex yang dikawal selia di Malaysia oleh Labuan FSA nombor lesen MB/18/0028 dan FSCA nombor lesen FSP 49464.
Justforex
- Laman Web: https://justforex.com
- Negara: Kingstown
- Tahun Penubuhan: 2012
- Dikawal Selia Oleh: FSA
- Deposit Minimum: 1 USD
- Bonus: Ada disediakan
- Leverage Maksimum: 1:3000
- Platform Dagangan: MT4 dan MT5
- Platform Berasaskan Web: Ya
- Aplikasi Mudah Alih: Ya
- Sokongan Di Malaysia: Ya
Kelebihan Broker Justforex
- Broker forex yang dikawal selia oleh FSA.
- Broker forex yang mempunyai deposit yang paling rendah iaitu 1 USD.
- Menawarkan dagangan forex dan CFD.
- Menawarkan laverage sehingga 1:3000.
- Menyediakan rujukan dan pembelajaran kepada pelanggan mereka seperti online webinars, seminar percuma, artikel tentang forex, glosari forex dan video pendidikan.
- Menawarkan produk dagangan lebih daripada 60 pasangan mata wang Forex.
- Menyediakan akaun demo yang boleh anda guna untuk melatih skill perdagangan anda.
Tifia
- Laman web: https://tifia.com
- Negara: Russia
- Tahun Penubuhan: 2011
- Pengawal-seliaan: FSC
- Leverage Maksimum: 1:1000
- Platform Dagangan: MT4 dan MT5
- Platform Berasaskan Web: Ya
- Platform Mudah Alih: Ya
- Sokongan Di Malaysia: Ya
Kelebihan Broker Tifia
- Leverage sehingga 1:1000
- Broker yang dikawal selia oleh Financial Services Commission (FSC), Nombor Pendaftaran Syarikat GB19024824 dan Ministry of Finance and Economic Management, Nombor Pendaftaran Syarikat 40209.
- Menyediakan rujukan dan pembelajaran yang lebih bermanfaat kepada pelanggan mereka.
- Menyediakan akaun demo yang boleh anda guna untuk melatih skill perdagangan anda.
AvaTrade
- Laman web rasmi: avatrade.com
- Negara: Ireland
- Tahun Ditubuhkan: 2006
- Pengawal Selia: MiFID, Central Bank of Ireland, ASIC, FSC, BVIFSC
- Deposit Minimum: 100 USD
- Leverage Maksimum: 1:400
- Platform Dagangan: Metatrader 4 (MT4), Metatrader 5 (MT5), AvaTradeGO, AvaOptions, Automated Trading, Web Trading, Mobile Trading, Mac Trading, MQL 5 – Signal Service.
- Platform berasaskan web: Disediakan
- Aplikasi Mudah Alih: Disediakan
- Sokongan Pelanggan Di Malaysia: Disediakan
Kelebihan Broker AvaTrade
- Broker yang dipantau oleh 6 badan berkuasa iaitu CBI (C53877), FSC, FSB (45984), ASIC (406684), FFA (1574).
- Mempunyai lebih daripada 250 produk dagangan termasuk forex, cryptocurrency, saham, komoditi dan indeks.
- Menyediakan sumber rujukan dan pembelajaran yang bagus.
- Menawarkan empat jenis akaun termasuk akaun spread rendah.
- Menyediakan perlindungan baki negatif.
Perbandingan Broker Forex Spread Rendah
Kami juga telah membuat penelitian dan perbandingan spread di antara tujuh broker forex pada January 2024 iaitu broker XM, GMI Markets, Tickmill, Oanda, Avatrade, Justforex dan Tifia.
Major Pair
Major Pair | XM | GMI MARKETS | TICKMILL | OANDA | TIFIA | JUSTFOREX | AVATRADE |
EUR/USD | 1.6 | 1.5 | 0.1 | 1.1 | 0.4 | 0.9 | 0.9 |
USD/JPY | 1.5 | 1.7 | 0.1 | 1.7 | 0.6 | 1.5 | 1.0 |
GBP/USD | 1.9 | 1.8 | 0.3 | 2.1 | 0.6 | 1.0 | 1.5 |
USD/CHF | 1.9 | 2.1 | 0.4 | 1.6 | 0.5 | 3.5 | 1.6 |
AUD/USD | 1.6 | 1.6 | 0.1 | 1.5 | 0.4 | 2.5 | 2.0 |
USD/CAD | 2.0 | 1.8 | 0.2 | 2.2 | 0.6 | 2.5 | 0.2 |
NZD/USD | 2.5 | 1.8 | 0.3 | 1.9 | 0.8 | 3.5 | 1.8 |
Minor Pair
Minor Pair | XM | GMI MARKETS | TICKMILL | OANDA | TIFIA | JUSTFOREX | AVATRADE |
EUR/GBP | 1.8 | 1.7 | 0.4 | 1.3 | 3.3 | 2.5 | 1.5 |
EUR/CHF | 2.3 | 2.1 | 0.9 | 1.4 | 3.3 | 3.5 | 2.0 |
EUR/CAD | 2.9 | 2.3 | 1.2 | 1.7 | 4.2 | 3.5 | 3.3 |
EUR/AUD | 2.7 | 2.5 | 1.1 | 2.9 | 3.3 | 2.5 | 2.9 |
EUR/NZD | 3.9 | 2.4 | 2.6 | 5.0 | 5.4 | 11.5 | 4.4 |
EUR/JPY | 2.1 | 2.0 | 0.5 | 1.6 | 3.7 | 2.0 | 1.8 |
GBP/JPY | 3.2 | 2.4 | 1.0 | 3.6 | 4.2 | 2.5 | 2.5 |
CHF/JPY | 2.8 | 3.0 | 1.5 | – | 4.5 | 5.5 | 2.5 |
CAD/JPY | 3.1 | 2.8 | 1.1 | 2.1 | 4.1 | 5.5 | 2.3 |
AUD/JPY | 3.2 | 2.1 | 0.9 | 2.2 | 3.8 | 3.5 | 2.1 |
NZD/JPY | 2.5 | 2.0 | 1.1 | 2.4 | 4.2 | 5.5 | 2.7 |
GBP/CHF | 3.7 | 2.5 | 1.8 | 2.6 | 3.8 | 3.5 | 3.1 |
GBP/AUD | 3.6 | 2.8 | 2.5 | 3.5 | 5.0 | 3.5 | 3.2 |
GBP/CAD | 4.7 | 2.9 | 2.1 | 4.6 | 4.4 | 3.5 | 4.0 |
Exotic Pair
Exotic Pair | XM | GMI MARKETS | TICKMILL | OANDA | TIFIA | JUSTFOREX | AVATRADE |
USD/SEK | 5.9 | 32.3 | 2.0 | 41.9 | 42.1 | 190.5 | 2.8 |
USD/NOK | 16.42 | 33.0 | 2.0 | 50.2 | 33.4 | 46.5 | 3.0 |
USD/DKK | – | 24.8 | 5.0 | – | – | 139.2 | 1.3 |
USD/ZAR | 5.9 | 55.2 | 79.2 | 87.5 | 128.9 | 118.2 | 8.5 |
USD/HKD | 2.8 | 14.5 | 6.5 | 4.5 | 14.7 | 141.5 | – |
USD/SGD | 19.8 | 3.2 | 1.9 | 1.7 | 4.9 | 7.8 | 3.3 |
Seperti yang anda lihat dalam jadual di atas, broker forex yang menawarkan spread paling rendah adakah broker Tickmill, yang kemudiannya diikuti oleh broker Avatrade, GMI Markets dan XM.
Broker yang mempunyai spread paling tinggi pula ialah broker Oanda, Justforex dan Tifia.
Kenyataannya adalah, tidak ada broker forex yang menawarkan spread terendah sehingga mencapai 0.0 pip atau spread sifar. Kebanyakan broker forex hanya akan menawarkan spread rendah yang menghamipir nilai spread sifar.
Kelebihan Broker Forex Spread Rendah
Salah satu kelebihan yang paling utama apabila anda memilih broker forex spread rendah adalah pengurangan kos pendahuluan. Memandangkan spread berfungsi sebagai satu bentuk komisen yang broker forex kenakan kepada pedagang forex, spread yang lebih rendah ini akan membantu anda untuk mengurangkan kos dagangan.
Tambahan pula, broker spread rendah membenarkan pelaksanaan perdagangan langsung, yang bermaksud bahawa sebut harga atau quote yang mereka sediakan adalah hampir sama dengan kadar pasaran semasa.
Selain itu, jika anda berdagang dengan broker spread rendah, ia akan memudahkan anda untuk mengira potensi keuntungan dan kerugian daripada setiap perdagangan yang anda lakukan.
Perkara ini membolehkan anda untuk membina strategi dagangan yang lebih baik. Terutama jika anda seorang peniaga harian (day trader) yang menjana keuntungan daripada pergerakan harga pasaran.
Kelemahan Broker Forex Spread Rendah
Walaupun spread rendah mempunyai banyak kelebihan, tetapi ada juga risiko yang harus anda tanggung. Salah satunya adalah kecairan, atau liquidity.
Contohnya, pasangan mata wang utama seperti USD dan GBP biasanya mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Maksudnya, anda boleh Buy atau Sell pasangan mata wang tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Dalam masa yang sama, pasangan mata wang seperti NZD atau HKD mempunyai kecairan yang lebih rendah. Maksudnya, ia sukar diakses pada masa-masa tertentu.
Pasangan mata wang yang mempunyai kecairan yang rendah cenderung untuk mempunyai spread yang lebih tinggi. Oleh itu, anda mestilah berhati-hati ketika memilih pasangan mata wang untuk didagangkan.
Selain itu, apabila broker menyediakan spread terendah dalam pasaran, maka mereka perlu mengurangkan kualiti di bahagian yang lain. Bayaran tambahan tersembunyi dan tidak dapat dikesan mungkin dikenakan atau keadaan persekitaran perniagaan yang buruk mungkin berlaku untuk menyembunyikan pemulihan kos yang tidak beretika.
Kesimpulan
Kesimpulannya, broker forex spread rendah banyak memberikan kelebihan kepada pedagang, terutamanya dapat mengurangkan kos perdagangan anda. Namun anda juga harus mencari broker forex pilihan anda dengan baik. Ini kerana, broker forex yang menawarkan spread rendah belum tentu memenuhi keperluan perdagangan anda.