Mata wang kripto, atau lebih dikenali sebagai aset digital, semakin mendapat perhatian di Malaysia dalam beberapa tahun terakhir. Dengan peningkatan penggunaan teknologi dan kesedaran tentang peluang yang ditawarkan oleh kripto, ramai rakyat Malaysia mula mempertimbangkan pelaburan dalam aset digital ini.
Tetapi adakah kripto merupakan pelaburan yang menguntungkan untuk tahun 2025? Artikel ini akan mengupas isu tersebut berdasarkan fakta, pandangan pakar, dan perkembangan terkini.
Trend Kripto di Malaysia
Pada tahun-tahun sebelumnya, penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin telah meningkat dengan ketara di Malaysia. Salah satu platform perdagangan kripto di Malaysia iaitu Luno telah melaporkan peningkatan besar dalam jumlah pengguna yang mendaftar untuk membeli dan menjual aset digital.
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin yakin dengan potensi teknologi kripto untuk menjadi alternatif kepada pelaburan tradisional seperti saham dan hartanah.

Sumber gambar: triple-a.io
Menurut statistik di bawah, UAE, Singapura, dan Turki merekodkan kadar pemilikan mata wang kripto tertinggi dalam kalangan 30 ekonomi teratas, sementara negara Malaysia berada di tangga ke-9 dengan 14.3% pemilikan matawang kripto. Rekod ini mengatasi negara-negara Asia yang lain seperti Indonesia, Philippines dan Hongkong.

Sehingga pertengahan Ogos 2026, harga Bitcoin didagangkan sekitar US$64,000 seunit, dengan nilai pasaran (market cap) kira-kira US$1.33 trillion — mewakili lebih kurang 57 peratus daripada keseluruhan pasaran mata wang kripto global yang kini bernilai sekitar US$2.3 trillion. Harga ini masih jauh di bawah rekod tertinggi sepanjang masa (all-time high) Bitcoin iaitu US$126,080, yang dicecah pada 6 Oktober 2025 — bermakna harga semasa kira-kira 48–50 peratus lebih rendah berbanding puncaknya.
Kelebihan Kripto sebagai Pelaburan
Salah satu kelebihan utama pelaburan dalam kripto adalah, ia memberikan peluang kepada pelabur untuk mendapat pulangan yang besar dalam tempoh yang singkat. Sebagai contoh, nilai Bitcoin telah meningkat lebih daripada 100% dalam beberapa bulan pada tahun-tahun tertentu.
Perkara ini dapat dilihat melalui trend kenaikan nilai salah satu mata wang kripto, iaitu Bitcoin. Walaupun ia mengalami turun naik harga, trend keseluruhan harga menunjukkan peningkatan. Ini membuktikan bahawa mata wang kripto mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang pada masa akan datang.

Selain itu, teknologi blockchain yang menjadi asas kepada kripto adalah satu inovasi besar yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi. Teknologi ini memastikan bahawa setiap transaksi yang dilakukan adalah telus dan tidak boleh diubah. Dengan inovasi ini, perkara buruk seperti penipuan lebih sukar untuk berlaku. Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai pakar berkata bahawa teknologi kripto mempunyai potensi besar pada masa depan.
Risiko dan Cabaran
Walaupun potensi untuk keuntungan besar ada, pelaburan dalam kripto tidak bebas daripada risiko. Antara risiko terbesar ialah ketidakstabilan nilai mata wang kripto. Nilai Bitcoin, misalnya, boleh berubah secara drastik dalam tempoh beberapa jam. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pelabur yang mencari kestabilan.
Adakah Kripto Sesuai Untuk Semua Orang?

Walaupun kripto merupakan pelaburan mata wang digital yang terkenal, ia bukanlah pelaburan yang sesuai untuk semua orang. Ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana teknologi dan pasaran ini berfungsi. Selain itu, pelabur juga perlu mempunyai ketahanan terhadap risiko yang tinggi.
Namun, bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman, pelaburan dalam mata wang digital mungkin boleh menjadi salah satu peluang besar. Namun, perlu diingatkan bahawa pelaburan seperti ini juga ini tidak akan menjanjikan pulangan tinggi.
Masa Depan Kripto di Malaysia
Memandangkan minat terhadap mata wang kripto semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, aset digital ini mempunyai potensi untuk menjadi salah satu pelaburan yang menguntungkan di negara ini. Walau bagaimanapun, pelabur perlu lebih berhati-hati dan melakukan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat keputusan pelaburan.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan bahawa perdagangan aset digital ini selamat untuk semua. Dengan peraturan yang lebih jelas dan infrastruktur yang lebih baik, Malaysia boleh menjadi salah satu pusat perdagangan kripto di Asia Tenggara.
Kesimpulan
Pelaburan dalam kripto di Malaysia mempunyai potensi besar, tetapi ia juga mempunyai risiko yang tidak boleh diabaikan oleh pelabur. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mengambil pendekatan dengan lebih berhati-hati dan bijak dalam membuat keputusan pelaburan. Dengan menggunakan platform yang boleh dipercayai serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pelabur boleh mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang untuk mendapat keuntungan.
