AI Forex Trading: Bagaimana ia Mengubah Landskap Dagangan Forex?

Secara tradisional, pedagang forex bergantung kepada firasat, pengalaman, dan analisis manual yang dilakukan oleh manusia untuk membuat keputusan dagangan. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kecerdasan buatan atau Artificial intelligence (AI) semakin mendominasi pasaran forex dan mendapat tempat dalam kalangan pedagang forex.

Ini kerana, algoritma AI kini mampu memproses sejumlah besar data dengan cepat serta mengenal pasti peluang dagangan dalam sekelip mata. Bagaimanakah AI mengubah landskap dagangan forex pada tahun 2024? Artikel ini akan mengupas bagaimana teknologi ini merevolusikan dunia dagangan mata wang global.

Apa Itu AI Trading?

Artificial intelligence (AI) merujuk kepada simulasi kecerdasan manusia dalam mesin yang diprogramkan untuk berfikir dan belajar seperti manusia. Dalam konteks dagangan forex, AI digunakan untuk menganalisis data pasaran, mengenal pasti corak pasaran, dan membuat keputusan perdagangan.

AI melibatkan pelbagai teknologi seperti pembelajaran mesin (machine learning), pembelajaran mendalam (deep learning), dan algoritma perdagangan automatik. Melalui penggunaan AI, pedagang kini dapat menganalisis data dalam masa nyata dengan mudah dan membuat keputusan yang lebih tepat.

AI forex trading terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah:

Algoritma Dagangan Automatik (Automated Trading Algorithms)

Algoritma ini menetapkan peraturan khusus yang diprogramkan berdasarkan sejarah data pasaran. Dagangan akan dilakukan secara automatik apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Robot Dagangan (Trading Bots)

Robot dagangan dicipta menggunakan AI untuk berdagang bagi pihak pedagang. Robot dagangan diatur untuk mengenal pasti peluang yang menguntungkan di pasaran forex dan melaksanakan perdagangan tanpa campur tangan manusia.

Pembelajaran Mesin (Machine Learning)

Teknologi ini membolehkan sistem AI belajar dari data yang lalu dan terus memperbaiki prestasinya. Sistem ini boleh mengenal pasti corak baru dan menyesuaikan strategi dagangan (automated trading strategies).

Dagangan Berasaskan Sentimen (Sentiment-Based Trading)

Sentiment-Based Trading menggunakan data dari media sosial, berita, dan sumber dalam talian lain untuk mengukur sentimen pasaran dan membuat keputusan berdasarkan emosi pedagang.

Dagangan Automatik

Salah satu sumbangan terbesar AI dalam dunia perdagangan forex adalah dengan kemunculan bot dagangan automatik (AI Trading). Bot ini berfungsi sebagai pembantu dagangan, di mana ia menggunakan algoritma canggih untuk menganalisis data pasaran dalam masa nyata dan melaksanakan dagangan dengan pantas yang melebihi keupayaan manusia.

Bot dagangan ini memantau pasaran 24 jam 7 hari seminggu, mengenal pasti peluang dagangan, dan melaksanakan strategi (trading strategy) yang telah ditetapkan oleh pedagang.

Walaupun AI trading menawarkan banyak kelebihan kepada pedagang forex dengan kepantasan dan kecekapannya, trader tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada AI kerana ia juga melibatkan risiko yang tinggi.

Walaupun AI memudahkan tugas anda, campur tangan manusia tetap diperlukan untuk mengatasi situasi yang tidak dijangka seperti perubahan pasaran yang bertentangan dengan jangkaan anda.

Kelebihan AI Trading

1. Kebolehan Menganalisis Data Yang Lebih Pantas

Salah satu rahsia untuk berjaya dalam perdagangan forex adalah keupayaan untuk menganalisis set data yang besar serta membuat pandangan dan ramalan yang tepat secepat mungkin.

Apabila anda menggunakan AI sebagai alat bantuan untuk berdagang forex anda boleh memasang program Machine Learning (ML) forex ke dalam platform dagangan (trading platforms) yang disediakan oleh broker forex untuk menganalisis data, mendapatkan insight dan membuat ramalan dalam masa nyata.

Keputusan dagangan yang dibuat berdasarkan data yang nyata ini dapat mengurangkan risiko yang timbul dari spekulasi atau emosi.

2. Menjimatkan Masa Anda

Hampir semua trader forex mempunyai masalah yang sama iaitu tidak mempunyai masa yang cukup untuk memantau pasaran forex sepanjang masa. Dengan kemunculan AI trading ini, anda tidak perlu lagi duduk 24 jam di hadapan komputer anda untuk memantau atau menganalisis pasaran forex.

Namun, dengan kehadiran teknologi AI dalam perdagangan forex maka masalah ini boleh diselesaikan. Anda tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer sepanjang hari atau berjaga sepanjang malam untuk memantau atau menganalisis pergerakan pasaran forex secara manual. AI mampu menjalankan analisis data dan pasaran secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa memerlukan rehat.

Tugas-tugas rutin seperti menganalisis trend pasaran, mengenal pasti peluang dagangan, dan menjalankan transaksi boleh diserahkan sepenuhnya kepada AI. Ini bukan sahaja membantu anda menjimatkan masa, tetapi juga mengurangkan tekanan yang sering dihadapi oleh trader ketika perlu membuat keputusan cepat dalam keadaan pasaran yang berubah-ubah.

3. Mengurangkan Pengaruh Emosi

Salah satu cabaran utama bagi pedagang adalah mengawal emosi mereka ketika berdagang forex. Ketakutan dan ketamakan merupakan punca trader membuat keputusan dagangan yang tidak rasional.

Dengan menggunakan AI untuk membantu trader membuat keputusan dagangan maka pengaruh emosi akan dapat dielakkan. Seperti yang ada ketahui, AI membuat keputusan berdasarkan data dan algoritma, bukan emos. Perkara ini dapat menghasilkan hasil yang lebih konsisten.

4. Membuka Peluang Kepada Newbie

Dengan kemunculan AI trading ini, ia juga membolehkan trader newbie untuk berdagang forex dengan lebih yakin.

Cabaran Penggunaan AI dalam Dagangan Forex

Walaupun penggunaan AI dalam dagangan forex memberikan banyak kelebihan, namun ia juga memberikan cabaran. Di bawah ini merupakan beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh pedagang forex dengan kemunculan AI trading ini.

1. Kos Langganan

Untuk makluman anda, pembangunan sistem AI yang bagus dan berkesan memerlukan kos yang tinggi. Sistem ini memerlukan pelaburan dalam infrastruktur teknologi seperti pelayan (server) yang kuat, platform perdagangan yang canggih, dan akses kepada data pasaran forex yang besar.

Oleh itu, pedagang perlu bersedia untuk menanggung kos langganan tambahan. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat penyedia AI trading yang mengenakan bayaran langganan sebanyak 47 USD (sekitar RM201) sebulan.

2. Bergantung Kepada Kualiti Data Yang Disediakan

AI bergantung sepenuhnya kepada data untuk menghasilkan keputusan dagangan yang tepat. Oleh itu, kualiti dan ketepatan data sangat penting untuk menentukan prestasi sistem AI.

Jika data yang disediakan dan digunakan oleh pembangun tidak mencukupi, tidak tepat, atau tidak logik, AI mungkin menghasilkan ramalan yang salah atau memberi isyarat dagangan (signal) yang tidak menguntungkan.

Contohnya, data yang ketinggalan atau mempunyai kesilapan boleh menyebabkan AI membuat keputusan berdasarkan maklumat yang salah. Ini boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pedagang.

3. Ketidakpastian Pasaran

Seperti yang anda tahu, pasaran forex sentiasa dipengaruhi oleh faktor luaran yang tidak dapat diramal seperti peristiwa politik, krisis kewangan, atau berlaku perubahan mendadak dalam dasar ekonomi negara. Walaupun AI dapat meramalkan pergerakan harga berdasarkan data masa lalu, ia mungkin tidak dapat mengesan atau meramal peristiwa di luar jangkaan yang mempengaruhi pasaran dengan secara tiba-tiba.

4. Risiko Kegagalan Teknologi

AI forex trading sangat bergantung pada teknologi yang digunakan oleh pembangun untuk membina perisian AI tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kegagalan teknikal, seperti gangguan pada perisian, sambungan internet yang lemah, atau kesilapan dalam kod algoritma, pedagang mungkin mengalami kerugian besar.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko seperti ini, pedagang harus mempunyai sistem backup dan memantau perisian AI dengan teliti untuk mengelakkan kegagalan teknologi yang boleh menjejaskan dagangan mereka. Jika anda mengesan sebarang kegagalan, sila tutup posisi dagangan anda agar tidak mengalami kerugian akibat kegagalan tersebut.

AI Forex Trading vs. Dagangan Manual

Perbandingan antara AI forex trading dan dagangan manual sering kali menjadi topik perbincangan di kalangan pedagang forex. Kedua-duanya jenis perdagangan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Kelajuan dan Kecekapan

AI forex trading dikatakan mempunyai kepantasan dan kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan dagangan manual. Ini kerana, manusia biasanya memerlukan masa untuk menganalisis data dan membuat keputusan, sementara AI pula boleh melakukan perkara tersebut dalam masa yang sangat singkat.

Perkara ini memberi kelebihan kepada AI kerana pasaran forex biasanya bergerak dengan pantas di mana ia memerlukan kita untuk membuat keputusan dengan lebih cepat.

Kemampuan Membuat Keputusan

Biasanya, AI akan membuat keputusan berdasarkan data dan analisis yang objektif. Hal ini membantu pedagang untuk mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh emosi manusia.

Bagaimanapun, perdagangan manual mempunyai keupayaan untuk mempertimbangkan faktor-faktor yang mungkin tidak boleh dianalisis oleh AI, seperti gerak hati berdasarkan pengalaman.

Fleksibiliti

Perdagangan manual yang dilakukan oleh manusia biasanya boleh disesuaikan mengikut strategi dagangan mereka dengan mudah mengikut keadaan pasaran yang sering berubah-ubah. Mereka boleh mengubah keputusan mereka secara serta-merta jika mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaliknya, AI mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang tidak dijangka kerana ia berdasarkan corak data masa lalu.

Kos dan Pelaburan Masa

AI forex trading memerlukan pelaburan dalam teknologi dan penyelenggaraan perisian, manakala dagangan manual memerlukan masa dan usaha yang konsisten untuk menganalisis pasaran dan membuat keputusan.

Oleh itu, keputusan terletak di tangan pedagang mengikut gaya dagangan dan keperluan masing-masing.

Masa Depan AI dalam Dagangan Forex

Masa depan AI dalam dagangan forex kelihatannya semakin cerah. Ini terbukti dengan peningkatan penggunaan teknologi ini dalam perdagangan forex. Antara perkembangan AI trading dalam perdagangan forex adalah seperti berikut:

Penggunaan AI yang Lebih Meluas

Pada masa ini, AI semakin mudah diakses oleh pedagang forex. Selain itu, jumlah forex broker yang menawarkan teknologi ini juga semakin meningkat. Ini bermakna lebih ramai pedagang akan dapat memanfaatkan teknologi ini untuk meningkatkan prestasi dagangan mereka tidak kira tahap kemahiran mereka.

Penggunaan AI untuk Analisis Sentimen yang Lebih Baik

Keupayaan AI untuk menganalisis sentimen pasaran semakin berkembang. Pada masa hadapan, AI mungkin dapat mengenal pasti corak yang lebih kompleks dalam emosi pedagang dan memberi maklum balas yang lebih tepat mengenai bagaimana sentimen pasaran mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran forex.

Peningkatan Kepintaran Pembelajaran Mesin

Sistem AI akan terus berkembang dengan lebih pintar melalui pembelajaran mesin yang lebih canggih. Ini bermakna AI akan lebih mahir dalam meramalkan pergerakan pasaran dan menyesuaikan strategi dagangannya berdasarkan data baru.

Kesimpulan

AI forex trading sebenarnya telah mengubah landskap dagangan forex dengan keupayaannya untuk menganalisis data dengan pantas, membuat keputusan yang lebih tepat, dan menghapuskan emosi dalam dagangan.

Walaupun teknologi ini masih menghadapi beberapa cabaran seperti ketergantungan pada data sejarah dan risiko kegagalan teknologi, namun kelebihannya menjadikan ia satu alat yang berharga dalam dunia dagangan forex.

Masa depan AI dalam forex trading kelihatan sangat menjanjikan dengan kemunculan lebih banyak inovasi yang dijangka dalam masa hadapan yang akan terus memperkukuh kedudukan AI sebagai alat dagangan yang tidak dapat diketepikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *