Kenapa OANDA? Berikut adalah 4 sebab kenapa OANDA menjadi forex broker pilihan trader dari Malaysia

OANDA adalah sebuah forex broker yang sudah lama berada di persada forex dunia. Mereka dianggap sebagai broker “otai” di kalangan trader-trader di Malaysia.

Status broker “otai” tak diberikan sewenang-wenangnya. Cuma segelintir forex broker sahaja yang layak dinobatkan dengan gelaran unggul ini. Salah satu daripadanya adalah OANDA.

–> Baca review tentang OANDA di sini.

Atau anda mungkin berminat membaca review tentang broker lain seperti Justforex? Anda boleh teruskan membaca.

Kenapa OANDA?

Malaysia merupakan destinasi menarik bagi broker-broker luar negara untuk mengembangkan operasi mereka. Biasalah….Orang Malaysia kan suka trade. Saiz lot yang didagangkan pula, bukan calang-calang besar.

Bagi trader-trader yang mementingkan keselamatan dana dan prestasi dagangan yang unggul, OANDA menjadi pilihan mereka.

4 sebab kenapa OANDA menjadi pilihan hati rakyat Malaysia?

#1. OANDA dikawal-selia (regulated) oleh United States National Futures Association (NFA) dan Financial Conduct Authority (FCA), UK.

Bukan senang tau nak dapat kelulusan menjadi forex broker di Amerika Syarikat. Proses untuk menawarkan produk-produk berbentuk spekulasi seperti spot forex kepada rakyat Amerika sangat rumit.

Selain itu mereka juga diberi kelulusan untuk menawarkan produk forex kepada trader-trader di United Kingdom (UK).

Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan negara tier-pertama dalam dunia forex. Broker-broker yang mendapat kelulusan daripada US atau UK telah menjalani proses saringan yang ketat. Kualiti dan keselamatan dana daripada broker-broker ini tidak boleh dipertikaikan.

#2. OANDA mempunyai pejabat operasi di Singapura.

Malaysia dan Singapura mempunyai sejarah bersama pada masa lampau. Di mata kebanyakan rakyat Malaysia, Singapura adalah sebuah negara yang lebih maju, mempunyai kesedaran sivik tinggi serta infrastruktur kewangan bertaraf dunia. Kebanyakan orang-orang kenamaan Malaysia seperti Datuk Seri Muhiyidin Yassin dan anak kepada Datuk Seri Najib Razak memilih Singapura sebagai destinasi perubatan; samada untuk merawat kanser atau melahirkan anak.

Dalam erti kata lain, institusi-institusi awam di Singapura mempunyai “trust level” yang lebih tinggi berbanding dengan institusi yang sama di negara ini.

OANDA diberi kelulusan oleh Monetary Authority of Singapore (CMS Licence No: CMS100122-4) dan International Enterprise Singapore (Commodity Brokers Licence No: OAP/CBL/2012) untuk menawarkan produk-produk forex kepada rakyat Singapura.

Selain itu, mereka juga mempunyai pejabat operasi di Singapura.

#3. OANDA menawarkan spread yang lebih rendah daripada industri standard.

Spread adalah caj yang dikenakan oleh forex broker kepada trader apabila trader menggunakan platform broker untuk berdagang.

Di Malaysia, pada sekitar tahun 2007 hinggalah 2015, broker-broker yang terkenal pada waktu itu seperti Instaforex mengenakan caj spread yang agak tinggi tanpa disedari oleh trader-trader.

Kehadiran OANDA di persada forex di negara ini telah sedikit sebanyak menggugat monopoli broker-broker ini kerana OANDA telah menawarkan spread yang lebih kompetitif berbanding dengan broker-broker lama ini.

Dengan menggunakan broker spread rendah seperti OANDA, seseorang trader itu boleh trade menggunakan teknik scalping dan boleh menggunakan expert advisor tanpa dikenakan caj yang terlalu tinggi.

#4. OANDA menawarkan deposit rendah.

Berapakah deposit minimum untuk berdagang forex dengan OANDA?

Jawapannya: 1 USD sahaja.

Bagi trader-trader Malaysia yang masih lagi sangsi dengan OANDA, anda tak perlu risau kerana anda boleh mencuba OANDA dengan deposit serendah 1 USD sahaja.

Kesimpulan

OANDA menawarkan perkhidmatan mengakses pasaran forex kepada rakyat Malaysia dengan cara yang selamat dan “low risk”. Anda tak perlu risau samada OANDA itu scammer atau tak sebab dengan kelulusan yang diberikan oleh NFA dan FCA UK, mereka telah membuktikan bahawa mereka layak untuk mengelola wang yang anda deposit ke dalam akaun mereka.

–> Klik di sini untuk membaca ulasan penuh OANDA di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *