Forex VPS Malaysia Hosting Terbaik Untuk Tahun 2021

Artikel ini mendedahkan tujuh syarikat web hosting yang menyediakan perkhidmatan VPS forex yang paling “trusted” dan yang terbaik untuk tahun 2021 di Malaysia.

Apa Itu Forex VPS (Virtual Private Server)?

Virtual Private Server (VPS) adalah komputer atau pelayan maya yang dapat digunakan untuk menjalankan perisian atau menyimpan data di mana semua sumber digunakan oleh satu pengguna sahaja. VPS menggunakan teknologi virtualisasi alat pelayan fizikal yang kemudian dibahagikan kepada sejumlah sumber yang berbeza. Dalam VPS, pengguna dapat menambahkan Sistem Operasi (OS) sesuai dengan keperluan.

Dengan menggunakan Forex VPS hosting, anda tidak perlu menghabiskan masa dan wang untuk menetapkan komputer anda atau membiarkan PC anda sentiasa aktif. Perkhidmatan Forex VPS hosting membolehkan anda memanfaatkan kaedah dan strategi algoritma automatik untuk berdagang dengan lebih lancar di platform perdagangan pilihan anda bersama dengan pakar perdagangan untuk membantu anda.

Penyedia Forex VPS Hosting Terbaik

Ada banyak syarikat penyedia VPS hosting. Berikut adalah syarikat hosting terbaik yang menyediakan Forex VPS untuk anda pilih:

  1. AccuWeb Hosting
  2. Forex VPS
  3. VPS Server
  4. FXVM
  5. JavaPipe
  6. Routerhosting
  7. V2 Cloud

Di bawah merupakan ulasan lebih terperinci mengenai Forex VPS Malaysia Hosting.

AccuWeb Hosting

AccuWeb Hosting menawarkan enam pelan Forex VPS (Forex VPS plans) dengan harga bermula daripada $12.00 sebulan sehingga $383.00 sebulan.

Pelan VPS Forex AccuWeb Hosting mudah di naik taraf ke pelan yang lebih tinggi tanpa mengganggu alamat IP (dedicated IP Address) dan data serta tidak menyebabkan gangguan downtime yang teruk. 

Anda mempunyai kebebasan untuk memilih sistem operasi anda seperti pelayan Windows 2016/2019 atau 2012 Standard OS. Mereka juga menyediakan pra-aktif (pre installed) lesen OS pada VPS secara percuma. Anda juga tidak perlu risau mengenai downtime kerana semua pelayan VPS (VPS Servers) mereka direka untuk menawarkan perkhidmatan low latency network.

Selain itu, mereka memiliki data center di 15 lokasi global, 4 di Amerika Syarikat, masing-masing 1 di Canada, United Kingdom, Jerman, Ireland, India, Afrika Selatan, Jepun, Australia, Singapura, dan Korea Selatan. Oleh itu, anda mempunyai pilihan untuk memilih data center yang paling dekat dengan broker forex anda.

Mereka mengekalkan pelayan HyperV VPS mereka dengan sambungan port 1Gbps dan anda juga boleh run MT EA robot dengan lancar. Technical support team mereka juga menangani semua masalah migrasi dan teknikal dengan cekap (24 7 technical support) sepanjang 24 jam 7 hari seminggu dan jaminan 99.9 uptime guarantee.

Ciri-ciri lain yang disertakan adalah backup percuma, pemantauan server, pengurusan pelayan segera, penyatuan dengan alat pihak ketiga, dan banyak lagi. Mereka juga menyokong semua platform perdagangan forex.

Forex VPS

Forex VPS menawarkan empat pelan Forex VPS hosting kepada pelanggan mereka iaitu pelan Basic, pelan Basic+, pelan Standard dan pelan High Req dengan harga bermula daripada $29.74 sebulan sehingga $57.79 sebulan. Kebanyakan ciri-ciri Forex VPS ini boleh dinikmati sepenuhnya dengan pelan yang lebih tinggi.

Forex menyokong lebih daripada 1 juta trader di seluruh dunia selama 10 tahun yang lalu membuktikan perkhidmatan Forex VPS mampu memberikan pengalaman perdagangan yang luar biasa kepada anda. 

Dengan Forex VPS, anda tidak akan mengalami masalah kelewatan (low latency network) kerana semua server mereka dilengkapi dengan interface rangkaian 1Gbps. Mereka juga mempunyai kuasa backup untuk tetap berada dalam talian sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Forex VPS mempunyai 5 pusat data di seluruh dunia, dan pelayannya dikuasakan dengan SSD VPS yang sangat cepat.

Anda hanya mengambil masa 5 minit untuk set up server ini dan mula berdagang forex. Anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka dengan aplikasi biasa di samping platform perdagangan lain. Anda boleh memilih sistem VPS melalui Window Server 2012, 2016 dan 2019. Namun, jika anda melanggan pelan Basic, maka sistem VPS yang tersedia (pre installed) hanya Window Server 2021 sahaja

VPS Server

VPSServer.com adalah forex VPS provider dan mereka mempunyai lebih daripada 50,000 pelanggan di seluruh dunia. Anda berpeluang untuk menikmati percubaan tujuh hari percuma yang ditawarkan oleh VPS Server. Anda juga berpeluang untuk menikmati perkhidmatan hosting mereka di 13 lokasi server seluruh dunia. Ia juga menawarkan sokongan pelanggan (support team) 24 jam 7 hari seminggu. 

Mereka menawarkan pelbagai pelan VPS Forex untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang berbeza-beza. Pelan yang ditawarkan adalah Standard, CPU Optimized dan Memory Optimized dengan harga bermula daripada $24.99 hingga $804.99. Perbezaan pelan ini adalah dari segi saiz RAM dan SSD, CPU cores dan banyak lagi.

VPS Server menyokong semua jenis platform perdagangan seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.  Server mereka digunakan melalui Windows Server 2021, yang biasa digunakan oleh kebanyakan broker forex. VPS Server menawarkan pre-bulit templates yang memudahkan kerja anda tanpa perlu melakukan coding dan melakukan pendaftaran untuk berdagang secara langsung di platform VPS Forex. VPS Server juga menjamin 99.9 uptime.

Setiap VPS yang mereka hostkan dilengkapi dengan perlindungan keselamatan tinggi untuk MetaTrader dan cTrader, serta Firewall yang boleh dikonfigurasi untuk memenuhi keperluan anda.

Ciri-ciri lain yang tersedia adalah on-demand live backups, flexible billing (bulanan, harian atau mengikut jam), sokongan (support team) 24 jam 7 hari seminggu dan sebagainya. Mereka juga mempunyai lebih daripada 15 pusat data di seluruh dunia yang boleh anda pilih.

FXVM

FXVM merupakan salah satu penyedia VPS Forex yang popular di pasaran forex trading. Perkhidmatan ini dimiliki dan dikendalikan oleh ThinkHuge Ltd yang merupakan group Forex yang memiliki Forexsignals.com, Forexvps.net, ConnectForex dan SimpleTrader. 

Perkhidmatan mereka boleh di akses melalui Remote Desktop Connection atau telefon pintar yang membolehkan pedagang memantau perdagangan mereka setiap masa dengan mudah. Anda juga boleh berhubung dengan perisian RDP untuk akses VPS FXVM yang lebih selamat dan cepat. Selain itu, mereka juga menjamin 99.9 uptime guarantee.

Perkhidmatan mereka direka untuk memberikan pengalaman forex trading yang baik. Oleh itu, mereka telah memilih penyedia global yang terkenal seperti Global Switch, Equinox, Internap, dan Level3 untuk menjadi tuan rumah infrastruktur pusat data global mereka. Lapan pusat data mereka yang lain berada di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia. FXVM juga menyokong platform perdagangan seperti MetaTrader 4, TradeStation, NinjaTrader, dan banyak lagi.

FXVM menawarkan empat pelan VPS Forex iaitu Lite VPS, Basic VPS, Advanced VPS dan Dedicated Server yang berharga $19.00 sebulan sehingga $199.00 sebulan. Anda boleh pilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda.

JavaPipe

JavaPipe ditubuhkan pada tahun 2001 dan mempunyai Ibu pejabat di Salt Lake City, Utah. JavaPipe merupakan sebuah syarikat internet yang disokong oleh pakar IT yang mengkhususkan diri mereka dalam bidang Java dan security.

Perkhidmatan hosting VPS forex yang ditawarkan oleh mereka adalah berasaskan KVM. Ini menunjukkan bahawa anda akan mendapatkan persekitaran perdagangan yang baik dalam forex trading kerana anda dapat menjalankan aplikasi dengan lebih pantas, keselamatan yang terjamin, kebolehan integrasi dan kos berpatutan.

Anda boleh mengaskes server peribadi berprestasi tinggi mereka di mana-mana sahaja dengan low-tenancy atau tanpa masalah rangkaian. Mereka menawarkan SSD storage pada semua pelan VPS untuk membantu anda mengakses data dengan lebih cepat.

JavaPipe menyediakan perlindungan DDoS yang melindungi anda daripada serangan cyber. Anda boleh menikmati perkhidmatan ini sepenuhnya jika anda melanggan pelan yang lebih tinggi.

JavaPipe merupakan salah satu penyedia pelayan VPS forex termurah dengan pelan bermula dari $12.30 sebulan termasuk RAM 2GB, 2 Core CPU, 25 GB SSD disk space, 10Gbps shared port dan sebagainya. Untuk pelan yang lebih tinggi pula, anda akan menikmati 8 GB RAM, 60 GB SSD disk space, 8 CPU core, 10 Gbps shared port dengan harga $24.66 sebulan.

Routerhosting

RouterHosting ditubuhkan pada tahun 2008 dengan satu tujuan iaitu mahu menjadikan perkhidmatan Hosting lebih mudah dengan harga yang berpatutan. Routerhosting menawarkan jaminan uptime 100% untuk memastikan perdagangan Forex anda berjalan dengan lancar. Anda boleh menikmati perdagangan pelaksanaan segera dalam milisaat. Selain itu, mereka juga menyediakan sokongan teknikal 24 jam 7 hari seminggu.

Server mereka terletak di beberapa lokasi termasuk 12 lokasi di Amerika Syarikat, satu di Singapura, Belanda, Jerman dan United Kingdom. Routerhosting menawarkan mesin VPS berasaskan KVM yang dilengkapi dengan penyimpanan SSD 100% enterprise-level yang mempunyai kelajuan tinggi dan masa tindak balas yang cepat.

Ciri-ciri lain yang disertakan adalah, akses root sepenuhnya. Ia bertujuan untuk memberi anda kawalan pelayan yang lengkap, desktop dengan perisian RDP, keserasian dengan cTrader, MetaTrader 4, dan MetaTrader 5, jaminan pulangan wang 7 hari dan banyak lagi. 

Routerhosting juga merupakan salah satu penyedia Forex VPS termurah. Mereka menawarkan dua pelan iaitu Economy Forex VPS dan Premium Forex VPS. Harga pelan Economy Forex VPS bermula $7.95 sebulan hingga $54.9 manakala untuk pelan Premium Forex VPS pula, ia bermula dari $54.95 sebulan hingga $275.00 sebulan. 

V2 Cloud

V2 Cloud merupakan cloud desktop yang paling simple dan mudah yang anda boleh gunakan untuk berdagang forex. Platform ini membolehkan anda untuk menggunakan desktop Windows maya dengan hanya beberapa klik sahaja. Mereka menawarkan perkhidmatan pengendalian sepenuhnya (DaaS), jadi anda boleh berdagang dengan tenang tanpa risau tentang teknikal hosting server anda. 

Mereka menyediakan multi-user desktop berdasarkan Windows Server OS yang mampu menampung 250 pengguna menggunakan VM. Anda boleh mengakses folder dan memasang aplikasi dengan mudah pada VM yang sama. Mereka juga menawarkan single-user desktop yang boleh anda gunakan apabila anda tidak dapat memasang (install) sesebuah aplikasi dan memerlukan OS Windows 10 untuk memasangnya.

Pelan mereka dilengkapi dengan antivirus Malwarebytes Pro dengan perlindungan masa nyata dan imbasan setiap malam. Pelan ini juga merangkumi tangkapan gambar (screenshot) harian dengan penyimpanan luar talian untuk perlindungan ransomware yang lengkap. Anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan web mereka yang disertakan dengan SSL yang selamat dan merangkumi ciri seperti perkongsian skrin, pemindahan fail, percetakan, dan banyak lagi.

Mereka menawarkan dua pelan kepada pelanggan mereka iaitu Basic Plan dan Business Plan yang berharga serendah $40.00 sebulan hingga $420.00 sebulan.

Anda akan menikmati ciri-ciri yang disediakan sepenuhnya jika anda melanggan pelan yang lebih tinggi. Di bawah ini merupakan perbezaan pelan ini.

Apakah Kelebihan Forex VPS?

1# Stabil

Anda tidak perlu risau lagi jika berlaku gangguan elektrik atau rangkaian internet. VPS tetap akan berjalan seperti biasa kerana ia tidak disimpan di dalam komputer anda.

2# Kebebasan

Anda tidak perlu lagi memikirkan dan memantau setiap masa akaun EA anda kerana VPS akan membantu anda untuk melakukan forex trading atau perdagangan forex walaupun ketika anda tidur. 

3# Harga yang berpatutan

Harga pelan yang ditawarkan oleh penyedia VPS adalah berpatutan dan mampu milik. Anda boleh milik pelan mengikut kemampuan anda.

4# Kelajuan

Latency rangkaian akan diturunkan jika pedagang memilih VPS yang berdekatan dengan server broker mereka. Apabila Latency diturunkan, ini bermaksud EA dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. 

5# Keselamatan yang terjamin

Forex VPS yang ditawarkan oleh syarikat terbaik juga dilengkapi dengan keselamatan terbaik. Pelayan VPS yang diuruskan dan diperiksa secara berkala untuk memastikan bahawa mereka berfungsi dengan baik dan kebanyakan syarikat menyediakan 99.9 uptime guarantee. Anda juga biasanya menerima antivirus dan alat lain untuk memastikan keselamatan sistem anda.

6# Mengurangkan gelinciran (Slippage)

VPS dapat menjalankan perdagangan anda dengan lebih cepat daripada komputer anda kerana ia lebih cepat menghantar pesanan. Ia membantu anda untuk mengurangkan kelewatan dan slippage. Seperti yang kita semua ketahui, slippage memakan wang anda. Oleh itu, ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan kerugian dalam ketidakpastian.

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Penyedia VPS Forex

1# Prestasi (high performance)

Penyedia perkhidmatan VPS boleh membahagikan sumber mereka kepada beberapa pengguna kerana  teknologi virtualisasi. Tetapi beban kerja yang terlalu tinggi dari pengguna tertentu dapat mempengaruhi prestasi sistem kepada orang lain. Oleh itu, pastikan anda memilih VPS provider yang mempunyai prestasi yang tinggi (high performance), yang menjamin sekurang-kurangnya 99.9% uptime. VPS provide mestilah harus mempunyai sumber daya yang diperlukan untuk mengalihkan pedagang ke tempat lain, ketika pihak tertentu mengalami downtime.

2# Lokasi Pelayan/Server Broker

Penting untuk memilih penyedia perkhidmatan yang terletak berdekatan dengan pelayan broker anda untuk mengurangkan masalah low latency. Latency rangkaian yang baik adalah berada di bawah 5 milisaat.

3# Pelbagai Pelan untuk Dipilih

Pilih pelan yang memenuhi keperluan khusus anda dengan sebaik-baiknya. Penyedia perkhidmatan VPS anda seharusnya dapat membantu anda dengan pelbagai pilihan langganan. Selain itu, penyedia perkhidmatan VPS mestilah menerima semua jenis aplikasi dan perisian forex serta semua jenis gaya perdagangan, termasuk strategi perdagangan automatik.

4# Broker yang dikawal selia

Sokongan dari broker forex yang dikawal selia menjadikan pengurusan lebih lancar dan lebih pantas. Anda juga akan mendapat kemudahan perkhidmatan pelanggan yang baik sepanjang waktu untuk menangani semua pertanyaan anda. Anda boleh menyemak ulasan dalam talian dan laman web broker untuk mengetahui rekod prestasi mereka.

5# Platform Dagangan

Broker forex yang baik akan membolehkan anda mengakses platform perdagangan seperti MetaTrader4 dan MetaTrader 5 di pelayan VPS. Platform perdagangan ini bukan sahaja canggih dan mempunyai alat analisis teknikal yang banyak tetapi mereka juga menawarkan kemudahan untuk berdagang dengan Expert Advisor atau Trading Robot.

Cara Menggunakan Forex VPS di Laptop Anda

Sebelum menggunakan VPS untuk perdagangan forex, pastikan bahawa anda sudah mempunyai Penasihat Pakar yang ingin anda pasang serta akaun perdagangan forex. 

Cara Menggunakan VPS Forex pada Sistem Operasi Windows

Untuk makluman anda, sistem operasi yang digunakan dalam tutorial ini ialah Windows 10.

Tekan butang Start pada Windows anda. Kemudian pergi ke Windows Accessories. Cari aplikasi yang dipanggil Remote Desktop Connection.

Anda akan melihat skrin seperti ini jika Remote Desktop Connection sudah dibuka. Masukkan alamat IP (dedicated IP address) yang anda dapat semasa menyewa VPS.

Tekan butang Show Options, kemudian masukkan user name anda di tempat yang tersedia.

Login dengan menekan butang Connect. Anda akan diminta memasukkan kata laluan semasa proses login ke VPS. Setelah semua proses selesai, anda akan dapat mengakses komputer/VPS yang anda sewa.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika anda menginginkan persekitaran perdagangan yang lebih selesa, cepat, santai dan terjamin, VPS Forex merupakan pilihan tepat bagi anda. VPS Forex juga membantu anda meringankan kerja kerana tidak perlu lagi menghadap komputer terlalu lama untuk memantau keadaan pasaran. Selain itu, anda juga mempunyai banyak pilihan penyedia VPS hosting seperti yang saya senaraikan di atas untuk anda gunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *