Tue. Jul 23rd, 2019

Etoro Review: Ulasan Broker Etoro Untuk Tahun 2019

Ini adalah review atau ulasan kami tentang broker Etoro untuk tahun 2019.

eToro ditubuhkan pada tahun 2006 khas untuk semua trader. Tujuan utama ianya ditubuhkan adalah supaya platform trading yang dibina itu mudah dan selesa digunakan.

Kini, eToro merupakan salah sebuah broker yang terbesar di dunia dan sentiasa trending di media sosial dengan pengguna sekitar 6 Juta di seluruh pelusuk dunia.


  • Laman Web: https://www.etoro.com
  • Tahun Ditubuhkan: 2006
  • Lokasi Pejabat: Cyprus, UK, Israel
  • Pengawal Selia: UK FCA Registration No.583263 EU CySEC Nombor Lesen: 109/10
  • Pengawal selia: Market Maker
  • Deposit Minimum: $200
  • Leveraj Maksimum: 400:1
  • Spread Minimum: 2.0 pips
  • Platform Dagangan: eToro Platform
  • Platform Berasaskan Web: Ya
  • Aplikasi Mudah Alih: Ya

Adakah eToro Forex Broker yang Selamat?

Saya percaya ada di kalangan anda yang sedang membaca artikel ini tertanya-tanya adakah broker eToro ini selamat atau tidak untuk digunakan? Sebelum memutuskan untuk berdagang dengan sesuatu broker, trader sudah semestinya ingin tahu samada broker yang anda pilih itu selamat atau pun tidak.

Jadi, untuk tidak membuat anda tertanya-tanya,  ya ! broker eToro adalah selamat. Ini kerana ia mempunyai peraturan yang ketat yang perlu broker eToro patuhi. Namun alasan ini mungkin masih belum meyakinkan anda. Oleh itu saya akan terangkan dengan terperinci mengapa broker eToro ini adalah selamat digunakan sebagai platform perdagangan forex.

Siapakah yang memantau  dan memberi kuasa kepada broker eToro?

eToro menyediakan perkhidmatan melalui ibu pejabatnya yang terletak di Cyprus dan entitinya yang terletak di eToro (Europe), eToro(UK), dan eToro AUS Capital dan dipantau oleh tiga perundangan yang berbeza.

Segala aktiviti perdagangan mahupun pelaburan adalah tertakluk sepenuhnya kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan berlandaskan MiFID.

Pemantauan yang ketat membolehkan anda berdagang dengan broker eToro dengan jaminan bahawa dana anda akan dilindungi. Oleh kerana matlamat utama eToro adalah untuk menjamin keselamatan dana pelanggan, maka dana itu perlu diasingkan daripada dana syarikat dan kawalan harus dilaksanakan ke atas dana tersebut secara dalaman dan luaran.

eToro juga menawarkan perkhidmatan perlindungan baki negatif (Negative Balance Protection) untuk memastikan pelanggan tidak kehilangan dana melebihi jumlah minimum deposit yang dibuat oleh pelanggan pada awalnya.

eToro memberi jaminan bahawa mereka akan memberi pampasan kepada pelanggan-pelanggan mereka sekiranya berlaku kesilapan yang di sebabkan oleh syarikat.

Jenis Akaun Trading eToro


Akaun VIP

  • Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
  • Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
  • Deposit minimum: 20000 USD
  • Saiz order minimum: 0.1
  • Leverage: 1:30
  • Jenis spread: Fixed
  • Spread minimum: 3 pip
  • Scalping: Dibenarkan

Akaun Gold

  • Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
  • Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
  • Deposit minimum: 5000 USD
  • Saiz order minimum: 0.1
  • Leverage: 1:30
  • Jenis spread: Fixed
  • Spread minimum: 3 pip
  • Scalping: Dibenarkan

Akaun Silver

  • Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
  • Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
  • Deposit minimum: 1000 USD
  • Saiz order minimum: 0.1
  • Leverage: 1:30
  • Jenis spread: Fixed
  • Spread minimum: 3 pip
  • Scalping: Dibenarkan

Akaun Bronze

  • Platform dagangan: Webtrader, eToro platform
  • Instrumen dagangan: Forex, indexes, soft commodities
  • Deposit minimum: 200 USD
  • Saiz order minimum: 0.1
  • Leverage: 1:30
  • Jenis spread: Fixed
  • Spread minimum: 3 pip
  • Scalping: Dibenarkan

Platform Trading

eToro menyediakan beberapa platform trading yang unik termasuk eToro Web Trader, eToro OpenBook, dan aplikasi eToro Mobile Trader.

eToro juga menawarkan platform dagangan MT4 terutamanya kepada para trader yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Menggunakan saiz transaksi antara 10 ribu hingga 50 juta unit.
  • Menggunakan Pelaksanaan Pesanan jenis STP.
  • Menggunakan peralihan pertukaran.
  • Menggunakan leverage 1:100.
  • Mempunyai deposit minimum sebanyak 20,000 USD

Sokongan Pelanggan

Anda boleh mendapatkan bantuan dari wakil pelanggan eToro dengan mudah. Selain daripada perkhidmatan live chat yang tersedia 24/7, anda juga boleh menghubungi mereka melalui email. Yang menariknya, broker eToro juga menyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, English, Indonesia dan sebagainya.

Deposit & Withdrawal

Di Malaysia, anda boleh menggunakan membuat deposit ke akaun trading eToro anda dengan secara online. Anda boleh menggunakan kredit kad, debit kad, PayPal, Skirill, WebMoney dan juga local bank transfer ( Maybank, CIMB Bank Berhad, RHB Banking Group, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, AmBank Group).

Untuk Proses withdrawal atau pengeluaran pula anda masih boleh menggunakan cara yang sama dengan deposit. Sila ambil perhatian bahawa caj yang dikenakan untuk proses withdraw adalah $25 sementara minimum withdrawal adalah $50. ia mengambil masa sehingga 8 hari untuk duit anda dikreditkan ke akaun bank anda, bergantung dengan kaedah yang anda guna.

Spread

Spread bagi broker eToro boleh dikatakan rendah iaitu bermula dari 3 pips dan tanpa komisen.

Product/Instrumen Broker eToro

Produk eToro termasuk currencies, commodities, stock indices, eToro CFD dan produk terbaru yang kian meningkat iaitu Bitcoin dan cryptocurrency juga. Platform ini terkenal dengan perdagangan cryptocurrency eToro dengan menggunakan CFD, yang mana ia adalah sebuah kelebihan besar kerana murah dan terjamin dan juga membolehkan  untuk trade dengan eToro Bitcoin, eToro Ethereum, eToro Ripple, eToro Litecoin dan sebagainya.

Adakah eToro Sesuai Untuk Trader Dari Malaysia?

eToro sudah menjadi sinonim dengan forex trading kerana reputasi baik mereka dalam pasaran forex. Walaupun mereka sudah berada dalam industri forex sejak 2006, eToro kurang dikenali oleh warga trader di Malaysia.

Saya percaya, situasi ini bakal berubah bermula dengan tahun 2019 kerana saya dapat lihat mereka sudah mula mempertingkatkan usaha untuk rekrut IB dan trader-trader dari Malaysia.

Ini adalah berita yang sangat baik untuk warga trader dari Malaysia. eToro sememangnya sebuah broker yang dikenali dengan servis yang sangat mesra pelanggan dan cepat. Warga forex trader Malaysia sudah tentu akan mendapat manfaat sepenuhnya jika mereka bekerjasama dengan broker trusted seperti eToro.